Showing posts with label My Macam-macam. Show all posts
Showing posts with label My Macam-macam. Show all posts

Sep 9, 2011

episode listened and learned

hi.. hello.. good evening everybody...
currently at 9.33 pm already..
how was ur day today?
already found your partner in crime?
or else found your rival at the end of the day?
or maybe you already found your best buddies were going out and having fun without asking u once?
hahahaha...

oke. it just a joke people! dun take it seriously..
my day is sooooo hectic!
starting with breakfast with tuna chillis sandwich and plain water, my day was so miserable after that..
why?
1st, today was my last day to being duty teacher of the week.. which make me lazy to do all the duties i need to do..

2nd, there were an event called "Hari Penutup Bulan Kemerdekaan".. so sleepy on dat time.. naseb baek ade cabutan bertuah! dan i menang 2 kali kot.. hahahaha~

3rd, baru perasan i need to jaga kantin for last time.. ini sangat bongek! dan stupid ah sape yang jadi ketua tuh.. semalam aku dah jaga kot.. pastu aku lah yang kene gi check kebersihan kelas, kasi markah kebersihan lagi.. jaga kantin lagi, jaga pagar lagi.. adoyaiii.. ko ngan partner in crime buat pe je? tak adil betol.. menyampah aku tau....

4th, daripada breakfast kol 6.40 pagi tadi.. sampailah lepas budak2 rehat 10.30 pagi... bekal yang aku bawak dari rumah tak bersentuh langsung.. aku free pon kol 10.50 pagi... mase tu lah dok berkejar nak makan lagi, nak siapkan kertas soalan untuk diedarkan lagi... makan pon berdiri.. memang tak sempat kot.. mujur aku sempat buat nescafe segelas.. kalo tak, memang sangap la weh dok mengajar kat depan..

5th, last period adalah kelas 3C.. aktif gile bebudak kelas tuh.. aku suh senyap, tak sampai seminit bising balik.. ngek! dah lah perot aku tak berape best sangat mase dalam kelas tadi.. cikgu sorang lagi pulak sok sibuk ngan supplier koperasi dia.. maknenye aku lah yang handle kelas tu... sabar je lah..

6th, balik-balik sekolah, terus terlena kejap kejap.. kejap bangun kejap tido balik.. penat weh.. slalunya kalo hari jumaat, aku akan balik umah along aku terus lepas habis sekolah.. hari ni punyelah penat sangat..
dekat-dekat kol 4 baru gerak dari rumah..

last but not least... etika kesabaran yang aku praktik kat sekolah kadang-kadang terpaksa diaplikasikan dalam kehidupan seharian jugak.. kalo tak, dengan semua orang pon aku hangen puting beliung tak pasal2..
patutlah si dia cakap aku garang... lol~

Sep 4, 2011

episod =)

hi u ollls...
dah habis raye ke??
hehe.. ade lagi ke duit raye nak kasi? kalo ade, hulur2kan lah kat aku nie..
=P

so, how was your raya celebration?
ade baek kah ?
ade okay kah ?
ade syiok kah?
ade sedey2 kah?
aku harap raya celebration korang sama syiok ngan pengalaman beraya aku tahun ni..

tapi aku tak nak gebang pasal raya celebration lagi..
sebab gambar2 belom siap diedit lagi..
mane nak betulkan kaler dia..
mane nak add up ngan watermark lagi..
sabor2 la ye..

oke. itu je nak bagitau..
esok aku akan gerak balik ke penang..
lusa dah start sekolah.. lol~ cepatnye kan? kan? kan? 
tak puas lagi nak tido bermalas-malasan kat rumah...
huuuu~

okelah.. until then, xoxo... (ah! menyampah... xoxo2 bagai...) 

Aug 27, 2011

episod memilih, terpilih dan dipilih...

kehidupan kita tak pernah lari dari membuat pilihan..
waima untuk memilih kasut ke tempat kerja sahaja dah memakan masa 12 jam untuk seorang perempuan..
kenapa 12 jam?
okey, imagine waktu masuk kerja adalah 8.30 pagi hari Isnin contohnya...
pada jam 8.30 malam hari Ahad.. dia sudah memikirkan warna baju untuk dipakai pada keesokan hari..
setelah selesai memilih baju yang sesuai, aktiviti menggosok dijalankan..
dalam masa dan ketika menggosok.. fikiran sudah ke almari kasut disimpan..
memikirkan masih ade kah kasut yang sesuai untuk dipakai bersama-sama baju yang sedang digosok..
jika didapati tiada pilihan yang menepati piawaian, aktiviti menggosok terpaksa dihentikan serta merta dan proses pemilihan baju akan bermula sekali lagi..
proses ini akan berterusan sehingga si wanita tadi yakin dia sudah membuat pilihan yang tepat dan jitu bersesuaian dengan kehendak dan keinginan hati.

rumit bukan seorang wanita?
yes! walaupun rumit, ini menunjukkan seorang wanita juga mampu bertindak secara teliti dalam membuat keputusan.
kadangkala keputusan yang dibuat turut dipengaruhi dengan mainan emosi dan perasaan yang tidak stabil, percayalah si wanita ini telah berusaha untuk membuat pilihan yang tepat dan jitu bersesuaian dengan keadaan semasa..

apa yang aku ingin simpulkan di sini..
wanita juga berhak untuk memilih dan menentukan cara kehidupan yang diingini..
jangan disebabkan sikap segelintir manusia yang sering merendah-rendahkan kemampuan orang lain, wanita jugaklah yang menjadi mangsa..

entri tiada kaitan dengan masalah di tempat kerja.. sekian..



p/s: saya terpilih dan saya juga sudah memilih.. saya harap pilihan yang dipilih adalah pilihan yang tepat dan jitu mengikut keadaan semasa.. =)

Aug 21, 2011

episode its just history with a full bucket of happiness

my ex-roommate mase kat matrik dulu was willing to come here in Penang.
according to her, she need to attend some beauty consultation event at Elken Headquaters Office in Penang..
so, she grabs an opportunity to meet me lorh..
since she stayed at some hotel in Tanjung Bungah area meanwhile i stayed at Georgetown area, we decided to meet at Gurney Plaza.
it easier for her to find the place and easy for me to find some food to break the fast..

since she arrived here around 4.30pm and want to sleep first and almost overslept, i decided to pray first before we meet at Nose Shoes Boutique and do some regularly hugs..
hahaha.. don't even bother the others look at us anymore..
it was like 1 year and half i didn't see her.
she so beautiful and become more beautiful than before..
no wonder lah she already became one of beauty consultant..
huhu..
due to some reasons, i cant put her pictures here now..
later-later on la eh..

then after hugging session.. both of us go to Seoul Garden to put our name in waiting list since the place was so full with hungry people.
then we only get chances to walk around for a while and only got a chances to get in Padini before the receptionist guy called us and say that we only have 10minutes to grab the table or else the table will be passed to the other names..
lol~ lol~ lol~
i don't even shopping yet.. but she already got 2 blaus..
lol~ lol~ lol~
sigh... nevermind lol..
got another chances to go there in future right...
;)

the break the fast session with she and her boyfriend was full with loud laughs and tears drop.
cant stand myself to laugh and cry a bit because her boyfriend is so gile-gile one..
hahaha..
until now, i can't remember his full name..
Raymond Lim something ah..
owh.. forgot to told you, my ex-roommate is Chinese Girl.
=)

the makan-makan session was pretty awesome. you should try the foods there.
for only RM29.99 ++, you got a chance to take anything at any quantity you want..
as long as you finished all of it, then it should be okay lah..
but remember!
if, there was some food left behind because ur tummy almost full, you cant take it home.
u need to pay extra RM5.00 for 100gm unfinished food you take..
then u also need to pay RM3.99 for water. the choices are ice lemon tea, honey green tea (super-duper delicious), coke, strawberry and etc..
what's more eh?
well, i think you should go and try la..

for further information and pictures... you can go to this site and also my bestbuddy link..
she expertise about steamboat and buffet restaurants.. better than me..
hehehehe~

until then,
xoxo =)

Aug 13, 2011

episod petua untuk mendapat tidur yang nyenyak

pastikan hari anda bermula dengan keadaan ceria seawal jam 6.00 pagi setiap hari..
kemudian pergi lah ke tempat kerja dengan niat mau berkhidmat sehabis baek demi rezeki yang halal..
tetap bersabar walaupon dihujani dengan "surat cinta" (only provided to teacher whom have to attend the relief class)..
tetap bersabar walaupon kelas start kol 7.30 pagi dan tak sempat nak duduk pon sampai lah jam 10.50 pagi... (~~")
walaupon penat, kehidupan masih perlu diteruskan..

kemudian.. kembali bersenam untuk mengeluarkan peluh setelah berada dalam kondusi ber"air-cond" selama 1 jam setengah..
latihan dimulakan dari pintu kuar bilik guru menuju ke tingkat 3, taman kampar penang..
di mana latihan itu hanyalah sesi berjalan kaki lenggang-lenggang kangkung sahaja.
kalo nak dipraktikkan lenggang-lenggang mak limah balik kampung pon boleh jugak..
bergantung kepada mane-mane situasi yang sesuai..

tepat jam 1.30 petang..
teruskan perjalanan ke jetty Pulau Pinang di mana anda perlu menaiki mana-mana bus yang ingin ke jetty. bukan naik bus ke Persiaran Gurney... kerana ia adalah 2 tempat yang berbeza.
jika anda tersesat, bagus! itu adelah satu petua yang baik untuk mendapat tidur yang nyenyak selepas kepenatan menjelajah tempat yang baru. :)
sampai sahaja di jetty, anda diingatkan supaya tidak mengamalkan aktiviti melintas orang di hadapan kerana tempat duduk adalah mencukupi untuk semua orang.
kemudian apabila sampai di seberang (ini adalah perjalanan untuk keluar dari pulau), pastikan anda menaiki bus yang betol ke destinasi seterusnya..
diingatkan lagi sekali kalo sesat, itu adalah pengalaman terbaik untuk anda. jangan mengeluh.
bukankah setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmat di sebaliknya.. hahahaha..

tepat jam 3.00 petang.
sesudah sampai di destinasi, anda mungkin kehilangan peluang untuk berehat apabila anda disambut oleh senyuman jeneral muda yang sudah bersedia untuk memberi arahan kepada anda tanpa berlengah2 lagi..
maka bermulalah sesi melayan jeneral muda berumur 2 tahun setengah..
sigh~

belom sempat anda ingin melelapkan mata, anda dikehendaki untuk bersedia ke bazar ramadan yang anda tunggu-tunggu dari minggu lepas semata-mata untuk mendapatkan CendoL Pok Leh yang konon-konon terkenal di bazar ramadan Seberang Jaya..
\(@-@)/ ---> icon gembira
dengan pembelian cendol semata-mata cukup melengkapkan hari anda.
namun yang indah tak selalunya akan indah selama-lamanya..
yang panas selalunya akan hujan di tengahari..

Cendol Pok Leh yang dikatakan popular itu gagal menambat hati anda untuk membelinya buat kali kedua.
cukuplah sekali.. huhu..
poyo ah!
sudah-sudah.. ini bukan petua betol2 petua pon weh..
hahahaha..
dah la ayat boleh kira skema mama.. kalo aku submit bagi kat cikgu bahasa melayu pon, konfem dapat A- minus jek.. dengan tajuk "Pengalaman saya untuk mendapatkan Cendol Pok Leh di Bazar Ramadan Seberang Jaya"
memang berjaya lah! =)
sekian, terima kasih...

Aug 10, 2011

episod the simplest thing to do... =)

rentetan daripada entry tampar anak mungkin ada baiknya.....

dan kebetulan ade pelajar kita tengah study di luar negara yang buat video ini...

juga menyeru semua warganegara Malaysia untuk berbuat baik sesama insan.
dan nilai hormat yang perlu disemai dan dipupuk dari kecil lagi..

renung-renungkan...

Aug 9, 2011

episod tampar anak mungkin ada baiknya.

salam ramadan semua..
sejak 2 menjak 3 menjak ni..
i mean bile dah start bulan puasa ni..
dah macam-macam movie baru yang ditayangkan kat TV3..
owh.. memandangkan umah aku takda Astro, maka TV3 menjadi medan hiburan yang paling utama berbanding stesen-stesen penyiaran yang laen..

makanya, aku dok tengok makin banyak pulak movie-movie yang memaparkan kekurang-ajaran anak kepada ibu, ketidak-taatan isteri kepada suami, kebiadapan adik kepada abang dan macam-macam lagi..
seolah-olah isu hormat menghormati tu dah tak diajar/tak diamalkan dalam sesetengah institusi kekeluargaan sekarang..
memanglah itu sekadar drama, mereka berlakon..
tapi harus diingatkan. apa yang mereka berlakon itu ada berlaku di kalangan keluarga-keluarga di luar sana.
tak yah cakap banyak. memang nampak dari luaran, rumah besar, mak ayah keje gaji beribu-ribu mungkin sebulan boleh cecah puluh-puluh ribu, anak pulak ditinggal dengan orang gaji sebab mak ayah busy ngan kerja kat sana, kerja kat sini, meeting ngan client la ape lah..
macam-macam hal..
menda-menda ni semua memang berlaku.
menda-menda macam ni dah lama berlaku tapi sejak-sejak kebelakangan ni dah makin berleluasa pulak.
bila mak ayah busy, tanggungjawab dilepaskan kat orang gaji sebuta-butanya..
bila mak ayah busy, anak merengek sikit terus dimarah padahal anak tu merengek sebab nak perhatian. dah lah pergi keje pagi, anak masih tidur, balik kerje pon anak dah masuk tidur..
takde komunikasi antara parent dan anak-anak mereka.
itu belom masuk lagi bab pelajaran mereka.

kadang-kadang aku memang hangat/gatal tangan bila bab anak-anak kurang hajoo ngan mak ayah diorang.
rase macam memang nak lempang sedas dua das je kat situ..
pantang betol aku..
bila dipikirkan memang lah anak-anak ni ade macam-macam peel perangai.
ade tu jenis yang suke nak cakap dengan nada tinggi padahal orang tu ade kat depan mata dia je..
tapi dia punya volume mak aiii.. macam orang tu dok jauh daripada dia..
memang azab lah kalo cakap nge aku macam tuh..
aku sound jek..
style cakap macam jentolak enjin rosak ni ape kes?
macam takleh nak cakap pelan-pelan..
huish..

kalo jenis yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, laen pulak ceritanya..
anak-anak jenis tak bersyukur pulak.
jenis tak faham mak ayah hanya mampu bagi setakat itu saje.
dia dok pulun mintak macam-macam..
nak wallet branded lah, tshirt dok pulun nak yang original saje..
padahal mak ayah keje biasa-biasa saje..
gaji pon cukup untuk tanggung makan minum sewa umah lagi..
jenis anak yang berlagak tak hengat..
mari sekolah dok pung pang pung pang pakai handset canggih manggih, beli PSP la ape lah..
sampai sanggup mencuri then bagi alasan sebab nak beli PSP...
bila ditegur, dia cakap menda tu tak salah..
mencuri tu tak salah..
masyaAllah..
dugaan betol.

sorry lah. memang rase macam perlu ingatkan satu sama laen..
semua perilaku anak-anak perlu diasuh daripada kecik, lebih baik lagi ketika masih dalam kandungan. perbanyakkanlah doa-doa atau bacaan al-quran ketika mengandung..
nescaya banyak kebaikan yang diperoleh..
dan ini bukan tugas seorang ibu sahaja..
ayah pon kena sama-sama bertanggungjawab dalam mendisiplinkan anak-anak..
bak kata @munieunclehusin.. sayang anak, tangan-tangankan..
sekian, peringatan ikhlas dari aku yang memerhati ini.
sebaik-baik perkara datangnya dari Allah Yang Maha Melihat, yang buruk datangnya dari aku sendiri..
yang baik jadikan sempadan, yang buruk jadikan teladan.. wallahualam..

Jul 25, 2011

episod semua baru ah.. kau ade?


ah! dah banyak kali aku type-type padam...
type-type padam..
jenuh haih~~~
dari dulu kalo bab introduction jek failed..
asal introduction jek failed...
sampai sekarang pon same..

kali ni aku nak ajak sembang pasal rumah baru..
last weekend aku dah gi tengok..
cantek ah..
sebab owner dah cat baru the whole house..
siap dengan grill2 pon kaler light blue you ollls...

ade 2 bilik..
each room dah ade almari pasang siap..
so, safe kat situ..
aiseh.. aku tengok kat bilik utama tu cam ade aircond.. tapi apsal lak dia tak sambung source..
kalo sambung...
mesti best...
kalo pakai aircond.. opkoss aku tak cari housemate dah..
hahaha..
cakap macam gaji ribu riban jek nak pakai aircond2x pulak..
dush-dush.. sile sedarkan diri..

bilik air ade sejibik jek.. lupe lak nak usha ade air hujan ke tak...
(~.~") cam kanak2x... nak air hujan lagi...

dari segi lighting aku tak bape suke sangat..
macam kurang cahaya..
kalo ade budget lebih, aku nak pakat ngan tuan rumah kasi tukar itu bulb..
macam yang stok lame jek..
aku ni dah la mata dah kelabu..
kang makin kelabu pulak dok dalam lighting hok kureng ni..


pastu dapur agak failed..
menurut kata owner..
penyewa sebelum ni tak jaga langsung dapur..
sampai berlapis2 lapisan lemak/minyak yang tak dilap..
tu pon dah kira dia dah tolong kikis..
tapi masih ade kotoran...
harus gune ajax fabulouso ah kalo camni... baru rumah harum semerbak!!

banyak gak barang-barang kene beli ni..
1st and foremost..
mesti spend untuk bilik tidur..
hahaha...

jom usha katil dan hiasan bilik tidur yang menjadi pilihan hati ku..
eceh~


pilihan 1.


pilihan 2.


pilihan 3.


pilihan 4.


pilihan 5.

pastu selitkan dengan ini ker?

dengan ini jugak ker?

wah... berangan nombor satu kan..
kalau lah ade kete..
dah lame aku gi jalan-jalan cari kedai-kedai perabot murah dan cantek-cantek kat penang ni...
murahkanlah rezeki ku Ya Allah... =)

Jun 30, 2011

episod TIDUR adalah sleep

sepanjang aku kat sekolah ni... yang paling obvious adelah bila masuk kelas form 3, sekelompok akan bangun greet morning/salam sejahtera...
pastu.. adelah seorang dua kadang sampai 5 orang terus akan tido secara berjemaah..
memang lah aku masuk untuk relief je..
nak ajar pon, tak tau nak ajar ape..
so, aku suh buat keje masing2 lah..
diorang pilih untuk tido..
kadang2 tu.. aku jalan2 kat area sekolah..
cikgu mengajar kat depan, diorang dok pakat tido ramai2..
macam tak kesah je..
haish...
baik toksah mai skolah kalo takat nak tido..
nak cakap kol doblas tengahari, aku tengok jam baru kol 8.30 pagi..
so, boleh tak korang imagine?
bangun nak datang skolah kol 7..
kol 8.30 diorang dah ngantok?
adoyaiii...
macam-2 hal...