Aug 27, 2011

episod memilih, terpilih dan dipilih...

kehidupan kita tak pernah lari dari membuat pilihan..
waima untuk memilih kasut ke tempat kerja sahaja dah memakan masa 12 jam untuk seorang perempuan..
kenapa 12 jam?
okey, imagine waktu masuk kerja adalah 8.30 pagi hari Isnin contohnya...
pada jam 8.30 malam hari Ahad.. dia sudah memikirkan warna baju untuk dipakai pada keesokan hari..
setelah selesai memilih baju yang sesuai, aktiviti menggosok dijalankan..
dalam masa dan ketika menggosok.. fikiran sudah ke almari kasut disimpan..
memikirkan masih ade kah kasut yang sesuai untuk dipakai bersama-sama baju yang sedang digosok..
jika didapati tiada pilihan yang menepati piawaian, aktiviti menggosok terpaksa dihentikan serta merta dan proses pemilihan baju akan bermula sekali lagi..
proses ini akan berterusan sehingga si wanita tadi yakin dia sudah membuat pilihan yang tepat dan jitu bersesuaian dengan kehendak dan keinginan hati.

rumit bukan seorang wanita?
yes! walaupun rumit, ini menunjukkan seorang wanita juga mampu bertindak secara teliti dalam membuat keputusan.
kadangkala keputusan yang dibuat turut dipengaruhi dengan mainan emosi dan perasaan yang tidak stabil, percayalah si wanita ini telah berusaha untuk membuat pilihan yang tepat dan jitu bersesuaian dengan keadaan semasa..

apa yang aku ingin simpulkan di sini..
wanita juga berhak untuk memilih dan menentukan cara kehidupan yang diingini..
jangan disebabkan sikap segelintir manusia yang sering merendah-rendahkan kemampuan orang lain, wanita jugaklah yang menjadi mangsa..

entri tiada kaitan dengan masalah di tempat kerja.. sekian..



p/s: saya terpilih dan saya juga sudah memilih.. saya harap pilihan yang dipilih adalah pilihan yang tepat dan jitu mengikut keadaan semasa.. =)

No comments: