sejak 2 menjak 3 menjak ni..
i mean bile dah start bulan puasa ni..
dah macam-macam movie baru yang ditayangkan kat TV3..
owh.. memandangkan umah aku takda Astro, maka TV3 menjadi medan hiburan yang paling utama berbanding stesen-stesen penyiaran yang laen..
makanya, aku dok tengok makin banyak pulak movie-movie yang memaparkan kekurang-ajaran anak kepada ibu, ketidak-taatan isteri kepada suami, kebiadapan adik kepada abang dan macam-macam lagi..
seolah-olah isu hormat menghormati tu dah tak diajar/tak diamalkan dalam sesetengah institusi kekeluargaan sekarang..
memanglah itu sekadar drama, mereka berlakon..
tapi harus diingatkan. apa yang mereka berlakon itu ada berlaku di kalangan keluarga-keluarga di luar sana.
tak yah cakap banyak. memang nampak dari luaran, rumah besar, mak ayah keje gaji beribu-ribu mungkin sebulan boleh cecah puluh-puluh ribu, anak pulak ditinggal dengan orang gaji sebab mak ayah busy ngan kerja kat sana, kerja kat sini, meeting ngan client la ape lah..
macam-macam hal..
menda-menda ni semua memang berlaku.
menda-menda macam ni dah lama berlaku tapi sejak-sejak kebelakangan ni dah makin berleluasa pulak.
bila mak ayah busy, tanggungjawab dilepaskan kat orang gaji sebuta-butanya..
bila mak ayah busy, anak merengek sikit terus dimarah padahal anak tu merengek sebab nak perhatian. dah lah pergi keje pagi, anak masih tidur, balik kerje pon anak dah masuk tidur..
takde komunikasi antara parent dan anak-anak mereka.
itu belom masuk lagi bab pelajaran mereka.
kadang-kadang aku memang hangat/gatal tangan bila bab anak-anak kurang hajoo ngan mak ayah diorang.
rase macam memang nak lempang sedas dua das je kat situ..
pantang betol aku..
bila dipikirkan memang lah anak-anak ni ade macam-macam peel perangai.
ade tu jenis yang suke nak cakap dengan nada tinggi padahal orang tu ade kat depan mata dia je..
tapi dia punya volume mak aiii.. macam orang tu dok jauh daripada dia..
memang azab lah kalo cakap nge aku macam tuh..
aku sound jek..
style cakap macam jentolak enjin rosak ni ape kes?
macam takleh nak cakap pelan-pelan..
huish..
kalo jenis yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, laen pulak ceritanya..
anak-anak jenis tak bersyukur pulak.
jenis tak faham mak ayah hanya mampu bagi setakat itu saje.
dia dok pulun mintak macam-macam..
nak wallet branded lah, tshirt dok pulun nak yang original saje..
padahal mak ayah keje biasa-biasa saje..
gaji pon cukup untuk tanggung makan minum sewa umah lagi..
jenis anak yang berlagak tak hengat..
mari sekolah dok pung pang pung pang pakai handset canggih manggih, beli PSP la ape lah..
sampai sanggup mencuri then bagi alasan sebab nak beli PSP...
bila ditegur, dia cakap menda tu tak salah..
mencuri tu tak salah..
masyaAllah..
dugaan betol.
sorry lah. memang rase macam perlu ingatkan satu sama laen..
semua perilaku anak-anak perlu diasuh daripada kecik, lebih baik lagi ketika masih dalam kandungan. perbanyakkanlah doa-doa atau bacaan al-quran ketika mengandung..
nescaya banyak kebaikan yang diperoleh..
dan ini bukan tugas seorang ibu sahaja..
ayah pon kena sama-sama bertanggungjawab dalam mendisiplinkan anak-anak..
bak kata @munieunclehusin.. sayang anak, tangan-tangankan..
sekian, peringatan ikhlas dari aku yang memerhati ini.
sebaik-baik perkara datangnya dari Allah Yang Maha Melihat, yang buruk datangnya dari aku sendiri..
yang baik jadikan sempadan, yang buruk jadikan teladan.. wallahualam..
No comments:
Post a Comment