Aug 13, 2011

episod petua untuk mendapat tidur yang nyenyak

pastikan hari anda bermula dengan keadaan ceria seawal jam 6.00 pagi setiap hari..
kemudian pergi lah ke tempat kerja dengan niat mau berkhidmat sehabis baek demi rezeki yang halal..
tetap bersabar walaupon dihujani dengan "surat cinta" (only provided to teacher whom have to attend the relief class)..
tetap bersabar walaupon kelas start kol 7.30 pagi dan tak sempat nak duduk pon sampai lah jam 10.50 pagi... (~~")
walaupon penat, kehidupan masih perlu diteruskan..

kemudian.. kembali bersenam untuk mengeluarkan peluh setelah berada dalam kondusi ber"air-cond" selama 1 jam setengah..
latihan dimulakan dari pintu kuar bilik guru menuju ke tingkat 3, taman kampar penang..
di mana latihan itu hanyalah sesi berjalan kaki lenggang-lenggang kangkung sahaja.
kalo nak dipraktikkan lenggang-lenggang mak limah balik kampung pon boleh jugak..
bergantung kepada mane-mane situasi yang sesuai..

tepat jam 1.30 petang..
teruskan perjalanan ke jetty Pulau Pinang di mana anda perlu menaiki mana-mana bus yang ingin ke jetty. bukan naik bus ke Persiaran Gurney... kerana ia adalah 2 tempat yang berbeza.
jika anda tersesat, bagus! itu adelah satu petua yang baik untuk mendapat tidur yang nyenyak selepas kepenatan menjelajah tempat yang baru. :)
sampai sahaja di jetty, anda diingatkan supaya tidak mengamalkan aktiviti melintas orang di hadapan kerana tempat duduk adalah mencukupi untuk semua orang.
kemudian apabila sampai di seberang (ini adalah perjalanan untuk keluar dari pulau), pastikan anda menaiki bus yang betol ke destinasi seterusnya..
diingatkan lagi sekali kalo sesat, itu adalah pengalaman terbaik untuk anda. jangan mengeluh.
bukankah setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmat di sebaliknya.. hahahaha..

tepat jam 3.00 petang.
sesudah sampai di destinasi, anda mungkin kehilangan peluang untuk berehat apabila anda disambut oleh senyuman jeneral muda yang sudah bersedia untuk memberi arahan kepada anda tanpa berlengah2 lagi..
maka bermulalah sesi melayan jeneral muda berumur 2 tahun setengah..
sigh~

belom sempat anda ingin melelapkan mata, anda dikehendaki untuk bersedia ke bazar ramadan yang anda tunggu-tunggu dari minggu lepas semata-mata untuk mendapatkan CendoL Pok Leh yang konon-konon terkenal di bazar ramadan Seberang Jaya..
\(@-@)/ ---> icon gembira
dengan pembelian cendol semata-mata cukup melengkapkan hari anda.
namun yang indah tak selalunya akan indah selama-lamanya..
yang panas selalunya akan hujan di tengahari..

Cendol Pok Leh yang dikatakan popular itu gagal menambat hati anda untuk membelinya buat kali kedua.
cukuplah sekali.. huhu..
poyo ah!
sudah-sudah.. ini bukan petua betol2 petua pon weh..
hahahaha..
dah la ayat boleh kira skema mama.. kalo aku submit bagi kat cikgu bahasa melayu pon, konfem dapat A- minus jek.. dengan tajuk "Pengalaman saya untuk mendapatkan Cendol Pok Leh di Bazar Ramadan Seberang Jaya"
memang berjaya lah! =)
sekian, terima kasih...

2 comments:

EcahHjCheHusin said...

muahahaha...entry paling lawak aku baca kt blog nie...hahahahahahahhahahahahhahahahahahahahaha...
rindunya sama "jeneral muda" tue...
^_^

Unknown said...

sabar kak..
seminggu je lagi..
mesti kerinduanmu akan terubat..
eceh..
hahaha~