Aug 30, 2011

episod berbeza.. memang berbeza

1st raya dengan kunjungan yang tersayang ke rumah memang membezakan sambutan hari raya kali ini..

terima kasih sayang... ;)

Aug 27, 2011

episod hati kata sayang tapi kenape susah nak tunjuk depan2..

sejak 2 menjak 3 menjak dalam hati ada taman ni..
tiap-tiap hari hidup rase resah gelisah kalo tak dapat message atau phone call dari insan tersayang..
eceh..
tapi bile si dia dah call, aku pulak yang malas nak cakap..
bila dah jumpa, aku pulak buat2 jual mahal... haruuu betoll
haish~ musykil2...
(~~")





saya tetap nak awak tau yang saya sayang awak ;)

episod memilih, terpilih dan dipilih...

kehidupan kita tak pernah lari dari membuat pilihan..
waima untuk memilih kasut ke tempat kerja sahaja dah memakan masa 12 jam untuk seorang perempuan..
kenapa 12 jam?
okey, imagine waktu masuk kerja adalah 8.30 pagi hari Isnin contohnya...
pada jam 8.30 malam hari Ahad.. dia sudah memikirkan warna baju untuk dipakai pada keesokan hari..
setelah selesai memilih baju yang sesuai, aktiviti menggosok dijalankan..
dalam masa dan ketika menggosok.. fikiran sudah ke almari kasut disimpan..
memikirkan masih ade kah kasut yang sesuai untuk dipakai bersama-sama baju yang sedang digosok..
jika didapati tiada pilihan yang menepati piawaian, aktiviti menggosok terpaksa dihentikan serta merta dan proses pemilihan baju akan bermula sekali lagi..
proses ini akan berterusan sehingga si wanita tadi yakin dia sudah membuat pilihan yang tepat dan jitu bersesuaian dengan kehendak dan keinginan hati.

rumit bukan seorang wanita?
yes! walaupun rumit, ini menunjukkan seorang wanita juga mampu bertindak secara teliti dalam membuat keputusan.
kadangkala keputusan yang dibuat turut dipengaruhi dengan mainan emosi dan perasaan yang tidak stabil, percayalah si wanita ini telah berusaha untuk membuat pilihan yang tepat dan jitu bersesuaian dengan keadaan semasa..

apa yang aku ingin simpulkan di sini..
wanita juga berhak untuk memilih dan menentukan cara kehidupan yang diingini..
jangan disebabkan sikap segelintir manusia yang sering merendah-rendahkan kemampuan orang lain, wanita jugaklah yang menjadi mangsa..

entri tiada kaitan dengan masalah di tempat kerja.. sekian..



p/s: saya terpilih dan saya juga sudah memilih.. saya harap pilihan yang dipilih adalah pilihan yang tepat dan jitu mengikut keadaan semasa.. =)

Aug 22, 2011

episode perfectionist vs fussy

apa beza individu yang perfectionist dan individu yang berperwatakan fussy atau dalam bahasa melayunya cerewet?
adakah orang yang mementingkan kesempurnaan adalah seorang cerewet sehingga dilabelkan sebagai seorang yang sanggup menyusahkan orang demi kepentingan diri sendiri?
siapa yang dianggap perfectionist?
siapa pula yang dianggap sebagai fussy cattt meoowww2x...?

fussy adalah satu perkataan bersifat adjektif
dimana ia membawa kepada beberapa maksud seperti....

1.(of a person) Fastidious about one's needs or requirements; hard to please
- he is very fussy about what he eats

2. Showing excessive or anxious concern about detail
- Eleanor patted her hair with quick, fussy movements

3.Full of unnecessary detail or decoration
- I hate fussy clothes

manakala perfectionist membawa maksud seperti berikut..

1.A person who refuses to accept any standard short of perfection
- he was a perfectionist who worked slowly

jadi, sekarang anda sudah tau membezakan yang mana dianggap cerewet dan yang mana dianggap mencari kesempurnaan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan?
tahap mencari kesempurnaan bagi setiap insan adalah berbeza, jadi di sini aspek hormat dan menghormati perlu diamalkan.
tiada salah untuk membuat kerja cincai-cai tapi sila pertimbangkan jika saya melakukan kerja cincai-cai apabila melibatkan kepentingan anda?
anda masih mampu mendiamkan diri? anda memang seorang yang bermasalah besar dan patut didaftar masuk ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Jalan Che Husin, Kota Bharu.
nak peta untuk ke sana?
nah.. saya dah tolong copy dan paste dari google maps..


selamat mendaftarkan diri la ye...
sekian. terima kasih..

Aug 21, 2011

episode its just history with a full bucket of happiness

my ex-roommate mase kat matrik dulu was willing to come here in Penang.
according to her, she need to attend some beauty consultation event at Elken Headquaters Office in Penang..
so, she grabs an opportunity to meet me lorh..
since she stayed at some hotel in Tanjung Bungah area meanwhile i stayed at Georgetown area, we decided to meet at Gurney Plaza.
it easier for her to find the place and easy for me to find some food to break the fast..

since she arrived here around 4.30pm and want to sleep first and almost overslept, i decided to pray first before we meet at Nose Shoes Boutique and do some regularly hugs..
hahaha.. don't even bother the others look at us anymore..
it was like 1 year and half i didn't see her.
she so beautiful and become more beautiful than before..
no wonder lah she already became one of beauty consultant..
huhu..
due to some reasons, i cant put her pictures here now..
later-later on la eh..

then after hugging session.. both of us go to Seoul Garden to put our name in waiting list since the place was so full with hungry people.
then we only get chances to walk around for a while and only got a chances to get in Padini before the receptionist guy called us and say that we only have 10minutes to grab the table or else the table will be passed to the other names..
lol~ lol~ lol~
i don't even shopping yet.. but she already got 2 blaus..
lol~ lol~ lol~
sigh... nevermind lol..
got another chances to go there in future right...
;)

the break the fast session with she and her boyfriend was full with loud laughs and tears drop.
cant stand myself to laugh and cry a bit because her boyfriend is so gile-gile one..
hahaha..
until now, i can't remember his full name..
Raymond Lim something ah..
owh.. forgot to told you, my ex-roommate is Chinese Girl.
=)

the makan-makan session was pretty awesome. you should try the foods there.
for only RM29.99 ++, you got a chance to take anything at any quantity you want..
as long as you finished all of it, then it should be okay lah..
but remember!
if, there was some food left behind because ur tummy almost full, you cant take it home.
u need to pay extra RM5.00 for 100gm unfinished food you take..
then u also need to pay RM3.99 for water. the choices are ice lemon tea, honey green tea (super-duper delicious), coke, strawberry and etc..
what's more eh?
well, i think you should go and try la..

for further information and pictures... you can go to this site and also my bestbuddy link..
she expertise about steamboat and buffet restaurants.. better than me..
hehehehe~

until then,
xoxo =)

Aug 18, 2011

episod dalam hati ada taman ; )

jika bercakap tentang hubungan antara sepasang kekasih, aku sering tertinggal keretapi berbanding rakan seperjuangan yang lain..
antara salah satu sebabnya adalah aku jarang dipertemukan dengan orang yang benar2 dikatakan kekasih..
kekasih pertama adalah rakan baik sendiri yang end up berubah menjadi seorang yang "lain" sekarang ni.
kekasih kedua adalah seorang yang terang lagi bersuluh mau menipu tapi kantoi di tengah jalan. buwekkk...
kekasih ketiga adalah seorang yang tak layak pon digelar kekasih kerana niat hanya untuk membalas dendam kepada rakannya yang aku tak layan.. lol~ sayangkan membe la konon2nya.. chitpodah~
kekasih keempat adalah seorang yang cukup mencabar kesetiaan aku. tapi mungkin kami tiada jodoh untuk bersama maka kehidupan masih perlu diteruskan..

tipu lah kalo aku tak putus asa kalo menyentuh tentang perkara ini.
sedikit sebanyak aku terasa jugak kalo orang-orang sekeliling yang suke up2 cerita ni dekat aku..
lagi sakit jiwa bila gi majlis kawen membe2.. mula ramai dok point each other "who's next. who's the lucky one after this" lol~ lol~ memang lol~
hahahaha...
tapi sekarang mungkin kah sinar kembali mengembalikan cahayanya?
eceh.. ayat dah start nak jiwang2 dah..
menyampah aku..
hahahaha...

anyway, pray for the best!! i dont want put any higher hope again. just berserah kepada takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya sahaja..
but i'm happy for now. =)




p/s: kakak... i know u wanna know who i maksudkan.. dont worry, i told u everything when we meet at kampung... =) =) =)

Aug 13, 2011

episod petua untuk mendapat tidur yang nyenyak

pastikan hari anda bermula dengan keadaan ceria seawal jam 6.00 pagi setiap hari..
kemudian pergi lah ke tempat kerja dengan niat mau berkhidmat sehabis baek demi rezeki yang halal..
tetap bersabar walaupon dihujani dengan "surat cinta" (only provided to teacher whom have to attend the relief class)..
tetap bersabar walaupon kelas start kol 7.30 pagi dan tak sempat nak duduk pon sampai lah jam 10.50 pagi... (~~")
walaupon penat, kehidupan masih perlu diteruskan..

kemudian.. kembali bersenam untuk mengeluarkan peluh setelah berada dalam kondusi ber"air-cond" selama 1 jam setengah..
latihan dimulakan dari pintu kuar bilik guru menuju ke tingkat 3, taman kampar penang..
di mana latihan itu hanyalah sesi berjalan kaki lenggang-lenggang kangkung sahaja.
kalo nak dipraktikkan lenggang-lenggang mak limah balik kampung pon boleh jugak..
bergantung kepada mane-mane situasi yang sesuai..

tepat jam 1.30 petang..
teruskan perjalanan ke jetty Pulau Pinang di mana anda perlu menaiki mana-mana bus yang ingin ke jetty. bukan naik bus ke Persiaran Gurney... kerana ia adalah 2 tempat yang berbeza.
jika anda tersesat, bagus! itu adelah satu petua yang baik untuk mendapat tidur yang nyenyak selepas kepenatan menjelajah tempat yang baru. :)
sampai sahaja di jetty, anda diingatkan supaya tidak mengamalkan aktiviti melintas orang di hadapan kerana tempat duduk adalah mencukupi untuk semua orang.
kemudian apabila sampai di seberang (ini adalah perjalanan untuk keluar dari pulau), pastikan anda menaiki bus yang betol ke destinasi seterusnya..
diingatkan lagi sekali kalo sesat, itu adalah pengalaman terbaik untuk anda. jangan mengeluh.
bukankah setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmat di sebaliknya.. hahahaha..

tepat jam 3.00 petang.
sesudah sampai di destinasi, anda mungkin kehilangan peluang untuk berehat apabila anda disambut oleh senyuman jeneral muda yang sudah bersedia untuk memberi arahan kepada anda tanpa berlengah2 lagi..
maka bermulalah sesi melayan jeneral muda berumur 2 tahun setengah..
sigh~

belom sempat anda ingin melelapkan mata, anda dikehendaki untuk bersedia ke bazar ramadan yang anda tunggu-tunggu dari minggu lepas semata-mata untuk mendapatkan CendoL Pok Leh yang konon-konon terkenal di bazar ramadan Seberang Jaya..
\(@-@)/ ---> icon gembira
dengan pembelian cendol semata-mata cukup melengkapkan hari anda.
namun yang indah tak selalunya akan indah selama-lamanya..
yang panas selalunya akan hujan di tengahari..

Cendol Pok Leh yang dikatakan popular itu gagal menambat hati anda untuk membelinya buat kali kedua.
cukuplah sekali.. huhu..
poyo ah!
sudah-sudah.. ini bukan petua betol2 petua pon weh..
hahahaha..
dah la ayat boleh kira skema mama.. kalo aku submit bagi kat cikgu bahasa melayu pon, konfem dapat A- minus jek.. dengan tajuk "Pengalaman saya untuk mendapatkan Cendol Pok Leh di Bazar Ramadan Seberang Jaya"
memang berjaya lah! =)
sekian, terima kasih...

Aug 10, 2011

episod the simplest thing to do... =)

rentetan daripada entry tampar anak mungkin ada baiknya.....

dan kebetulan ade pelajar kita tengah study di luar negara yang buat video ini...

juga menyeru semua warganegara Malaysia untuk berbuat baik sesama insan.
dan nilai hormat yang perlu disemai dan dipupuk dari kecil lagi..

renung-renungkan...

Aug 9, 2011

episod tampar anak mungkin ada baiknya.

salam ramadan semua..
sejak 2 menjak 3 menjak ni..
i mean bile dah start bulan puasa ni..
dah macam-macam movie baru yang ditayangkan kat TV3..
owh.. memandangkan umah aku takda Astro, maka TV3 menjadi medan hiburan yang paling utama berbanding stesen-stesen penyiaran yang laen..

makanya, aku dok tengok makin banyak pulak movie-movie yang memaparkan kekurang-ajaran anak kepada ibu, ketidak-taatan isteri kepada suami, kebiadapan adik kepada abang dan macam-macam lagi..
seolah-olah isu hormat menghormati tu dah tak diajar/tak diamalkan dalam sesetengah institusi kekeluargaan sekarang..
memanglah itu sekadar drama, mereka berlakon..
tapi harus diingatkan. apa yang mereka berlakon itu ada berlaku di kalangan keluarga-keluarga di luar sana.
tak yah cakap banyak. memang nampak dari luaran, rumah besar, mak ayah keje gaji beribu-ribu mungkin sebulan boleh cecah puluh-puluh ribu, anak pulak ditinggal dengan orang gaji sebab mak ayah busy ngan kerja kat sana, kerja kat sini, meeting ngan client la ape lah..
macam-macam hal..
menda-menda ni semua memang berlaku.
menda-menda macam ni dah lama berlaku tapi sejak-sejak kebelakangan ni dah makin berleluasa pulak.
bila mak ayah busy, tanggungjawab dilepaskan kat orang gaji sebuta-butanya..
bila mak ayah busy, anak merengek sikit terus dimarah padahal anak tu merengek sebab nak perhatian. dah lah pergi keje pagi, anak masih tidur, balik kerje pon anak dah masuk tidur..
takde komunikasi antara parent dan anak-anak mereka.
itu belom masuk lagi bab pelajaran mereka.

kadang-kadang aku memang hangat/gatal tangan bila bab anak-anak kurang hajoo ngan mak ayah diorang.
rase macam memang nak lempang sedas dua das je kat situ..
pantang betol aku..
bila dipikirkan memang lah anak-anak ni ade macam-macam peel perangai.
ade tu jenis yang suke nak cakap dengan nada tinggi padahal orang tu ade kat depan mata dia je..
tapi dia punya volume mak aiii.. macam orang tu dok jauh daripada dia..
memang azab lah kalo cakap nge aku macam tuh..
aku sound jek..
style cakap macam jentolak enjin rosak ni ape kes?
macam takleh nak cakap pelan-pelan..
huish..

kalo jenis yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, laen pulak ceritanya..
anak-anak jenis tak bersyukur pulak.
jenis tak faham mak ayah hanya mampu bagi setakat itu saje.
dia dok pulun mintak macam-macam..
nak wallet branded lah, tshirt dok pulun nak yang original saje..
padahal mak ayah keje biasa-biasa saje..
gaji pon cukup untuk tanggung makan minum sewa umah lagi..
jenis anak yang berlagak tak hengat..
mari sekolah dok pung pang pung pang pakai handset canggih manggih, beli PSP la ape lah..
sampai sanggup mencuri then bagi alasan sebab nak beli PSP...
bila ditegur, dia cakap menda tu tak salah..
mencuri tu tak salah..
masyaAllah..
dugaan betol.

sorry lah. memang rase macam perlu ingatkan satu sama laen..
semua perilaku anak-anak perlu diasuh daripada kecik, lebih baik lagi ketika masih dalam kandungan. perbanyakkanlah doa-doa atau bacaan al-quran ketika mengandung..
nescaya banyak kebaikan yang diperoleh..
dan ini bukan tugas seorang ibu sahaja..
ayah pon kena sama-sama bertanggungjawab dalam mendisiplinkan anak-anak..
bak kata @munieunclehusin.. sayang anak, tangan-tangankan..
sekian, peringatan ikhlas dari aku yang memerhati ini.
sebaik-baik perkara datangnya dari Allah Yang Maha Melihat, yang buruk datangnya dari aku sendiri..
yang baik jadikan sempadan, yang buruk jadikan teladan.. wallahualam..

Aug 6, 2011

GiveAway Wirda Warna


amacam? tertarik menarik kau memang debooom tak?

ni lah grand prize yang korang leh dapat kalo join giveaway kak wirda ni..
i dah lame dok memfollow blog kak wirda ni..
dan baru-baru ni dia ada bukak blogshop yang jual beg-beg yang super duper gojes..
tengok grand prize pon dah tau kan betapa gojesnye beg-beg yang dia jual..

korang boleh click kat banner ni untuk tau rules dan regulation yang ditetapkan k..


kaler kuning ade..

purse pon ade

beg sandang pon ade jugak..


jom lah pakat-pakat join..
i tag: miss butterflyana and miss mahirah..
;)

Aug 3, 2011

episod ulat dalam batu pon boleh makan... tau?

itu ulat!! bukan aku..
sobsobsosb.. sedih weh lop sero..
hah! kan dah kuar loghat klantannye..
mane tak sedih weh..
aku dok berangan la gaji leh masuk bulan lapan ni..
bila gaji masuk bulan lapan, maknenye aku leh bersuka riang ria bershopping di malam raya..
bila gaji masuk bulan lapan, maknenye aku dah boleh bagi duit raya kat mak ayah adik dan anak sdare aku..
bila gaji masuk bulan lapan, maknenye aku leh dapat baju raya baru dalam 2-3 helai ke?
eh-eh-eh? over pulak kan..
tapi betol lah..
i hateeeee youuu tau..
nape tak nak buat gaji i cepat2..
ingat i ni pandai ke nak mengemis2 di tepian jalan mintak duit nak makan?
kecian lah sket..
sobsosbosbsosb~
mengharap durian runtuh di waktu terdekat..

lagi geram bile dia cakap "dalam bulan 10 dapat la dik"
hotak kooo... bulan tujuh tak dapat, bulan lapan tak dapat, bulan sembilan tak dapat, bulan sepuluh baru dapat?
4 bulan keje baru dapat gaji?
dahtu aku nyer sewa umah sape nak bayar?
akunyer makan minum camne pulak?
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
sedih2..
memang sedih..
sedih campur marah pon ade..

;(