Mar 31, 2010

episod kronologi

minggu lepas, 25hb Mac 2010 hari khamis kol 6 petang..
aku dikejutkan dengan permintaan untuk menambahbaikkan sistem yang aku cuba bangunkan..
supervisOr aku request macam2 untuk dimasukkan di dalam sistem aku..
semua benda2 alah yang dia request tu aku xde pengetahuan langsung cmne nak buat..
dah lama sebenarnya dia mendesak..
tapi aku tak tau nak buat benda yang dia mintak tu..
kali ni, dia bagi tempoh seminggu untuk siapkan..
maknanya jumaat ni = 2hb April 2010 dah kene hantar finalize ngan dia..


start dari hari khamis lepas aku dh berusaha untuk menambah itu ini..
belajar guna buku dan internet je. nak harapkan lecturer tu?
bile aku tanya camne nak buat itu ini tu, dia cuma balas
"saya tak reti, awak pegi la tanya lecturer IT ke lecturer elektrik ke.. awak kene usaha lebih munirah.. takkan sebab awak tak reti buat, awak nak bagi alasan x reti dalam penulisan tesis awk?"
pergh, dalam hati aku time tu hanya mampu menyumpah seranah saje..
maaf, aku sangat annOying dengan lecturer yang berpangkat Dr yang demanding nak itu ini tapi sikit pon dia tak menyumbangkan ilmu dalam penyiapan sistem aku ni..
setakat pandai memprovokasi aku untuk berusaha menyiapkan sistem ni je..
selebihnya semua atas usaha aku

aku pon pelik, ni projek aku ke projek dia?
yang sampai aku kene ikut semua yang dia nak?
memang la plan awal nak buat cam sistem kehadiran pelajar..
tapi dia suh besarkan skop..
takkan awak nk buat sistem kehadiran je?
tambah la dengan sistem pemarkahan jugak..
fine. aku cam redha je time perbincangan tu sebab aku ingat buat gune Microsoft Access pon dah leh siap kan..
pastu dia tanya aku sistem kehadiran tu nak buat manual ke atau nak buat yang touch2 kad matrik kat card reader tu?
aku cakap la gune card reader la encik.
dia cakap okay dan proceed la.

time aku nak start buat database dulu okay lagi.. dia pon ade tunjuk contoh database.
aku dok mati2 la ingat dia yang buat database tu..
rupa-rupanya lecturer laen yang buat, tapi dia yang cam eksyen lebih..
budget dia yang buat..
siyes weh.. aku leh detect database tu bukan dia buat sebab bila aku tanya camne nak buat elemen ni (cth insert dan linkkan combo box dlm database), dia cakap dia tak ingat..
eh? mustahil la tak ingat.. dah kata dia yang buat..
semakin aku dok provok2 dia..
tanya benda ni nak buat camne encik.. tanya benda tu nak buat camne encik?
last2 dia bagitau yang Sistem Pengurusan Jadual Kuliah Pensyarah tu bukan dia yang buat..
lecturer laen yang buat..
pergh.. terduduk aku kat situ.. tak terkata dah time tu..
dalam hati aku "shit! aku diselia oleh orang yang salah"

lepas tu aku dah xjumpa dia dah.. lantak ar dia nak cakap aku xdatang jumpa dia ke ape..
xtunjuk flow penyiapan projek ke ape ke..
plus nak jumpa ngan dia.. lagak cam nak jumpa ngan menteri susahnya..
sibuk memanjang.. huh~
then terpaksa terkial2 belajar sendiri..
sakit babe.. belajar gune buku dan internet je sourcenya..
nak gi tanya lecturer IT, kang dia dok pung pang pung pang sebut istilah2 yang aku x tau..
lagi tambah sesak kepale aku..
orang tganu kata "oloh, jammed pale otok ambe gini"
hahaha~

so, aku agak lambat nak start buat sistem ni. sebab tak tau nak start ikut celah mane dulu..
nak buat interface dulu ke.. nak buat database dulu ke..
nak buat interface guna ape? guna Access ke VB?
pastu camne nak guna VB? nak pilih VB version mane? VB 6.0 ke VB.net ke VBA ke?
xtau.. semua tak tau.. hahaha~
bile aku tanya member2 IT (lebih merujuk kepada tanya ex sbnrnya)..
dia cakap guna la VB 6.0.. senang sket.
aku pon ikut la cakap dia..

pergh.. rupa-rupanya VB 6.0 neh dah jarang2 orang guna.. mmg la senang bagi beginner cam aku nak blaja. tapi mende tu cam dah out-dated.
tak banyak sources dan ramai dah lupe camne nak gune.
dugaan lagik..
aku gi tanya lecturer fakulti teknologi maklumat pon, dia cakap dia setakat leh ajar konsep database jek. VB dia dah lupe camne nak guna..
tapi lecture ni bagus.. dia tak biarkan aku terkapai2 sesorang diri..
dia siap pinjamkan aku tesis student dia suh aku refer..
dia suh balik baca and datang balik jumpa dia n present tesis tu..
dia nak makesure aku btol2 paham sistem kehadiran tu ape..
at least dia ade effort nak pahamkan aku sistem pangkalan data ni ape..
nak compare ngan supervisOr aku?
macam langit and bumi wa cakap lu..

lecturer IT ni even dia hanya pemegang Master tapi dia sangat humble..
dengar2 cte dia nak smbung study lagi..
pergh.. memang aku salute la lecturer camni..
dia tak ajar aku satu2, tapi dia bagi guideline..
itu yang aku suka..
berbanding supervisOr aku yang hanya tau nak sistem aku ni siap tapi satu habuk pon xbg guideline ke ape..
ke memang tugas supervisOr ni supervise bodoh2 jek?
state ape yang dia nak, pastu suh student siapkan ek?
camtu ek? jadahnye..
hahahaha~

itu baru sikit aku cite..
aku tak cite lagi kesusah-payahan aku
turun naek KL nun di sana, gi study kat tempat aku beli card reader tuh..
plus masalah2 peribadi yang aku alami sepanjang penyiapan sistem ni.
xpe lah.. yang tu aku simpan dalam kotak memori aku je la..

mesti korang pelik kan nape aku cte pasal menda2 ni smua?
xyah pelik la.. ni aku buat untuk panduan aku masa hadapan..
kalo aku nak jadi supervisOr ke lecturer ke cikgu ke..
aku nak jadi lebih baek dari supervisOr aku..
aku nak jadikan lecturer IT tu sebagai idola aku..
aku bukannya nak buruk2kan supervisOr aku tu..
sebab kalo ko masuk kuliah yang dia ajar, memang dia lecture dengan baek.
tapi kalo bab supervise student, aku rase dia kene belajar lebih lagi la..
tak guna naekkan nama sendiri dengan gune projek student.
padahal ko tak menyumbang pape pon..
shit! aku mengata lagi..
hahahaha~

dah2x.. jom sambung buat keje lak..

Chic in Checkers Contest (sticky-mode)

jum join contest ni pulak..
sesuai bebenor ngan sape2 yang minat checkers cm aku nie..

mule2 kite letak bannernye dulu..
kasi korang excited sket nengoknye..


lepas tu baru le kite tengok terms n conditions dia pulak..

TERMS & CONDITIONS

1. Be Munchy-dunkin's follower. (done!)

2. Add Munchy-dunkin in your blog list. (done!)

3. Publish an entry about this contest on your blog. (done!)

4. Add the contest banner (above) in your entry and back link to this blog. (done!)

5. Tag your friends. (done!)
6. Upload a photo of you wearing checkers. (done!)

7. Place your entry URL in my comment box.(done!)

THE PRIZES
check the owner punye blog oke! ---> munchy-dunkincloset

Mar 30, 2010

episod nak kenal saya tak?

hari ni aku nak post entry ringan2 jek..
tak perlu nak kerut2 muka time bace, xyah nak emO2, time to relax..
after two-three entry before this yang totally menyakitkan hati..

so hari ni, jom kite berkenalan ngan sape pemilik blog ni.
ahaks.. gediks di situ..
ade ke orang nak kenal i?
semua yang datang berjalan-blog ni kenal ke sape i ni?
tak kenal eh? meh le, i nak ajak u all kenal2 ngan i ni..

me = munie uncle husin
age = 23 turns to 24 this November
where i'm from = terengganu
blood = terengganu-ian mixed up with kelantanese
loghat = ikut kesesuaian.. terengganu, kelantan, pahang are my expertise. tapi bila di tempat study, lebih prefer guna Malay standard without loghat. so, ramai kenalan tak sangka i ni orang terengganu..
school
= 3 sekolah rendah (SK.Tg Mahmud,Besut.. SK.Jalan Bahagia,Temerloh.. SK.PdgLuas,Besut)
= 2 sekolah menengah (SMK.Pintu Geng,KotaBharu.. SMT.Terengganu,KualaTerengganu)
education after school
= Pahang Matriculation College (Physical Science)
= Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Technical and Vocational Education)

wat i know bout myself
--> seorang yang tegas. rational. emotional sumtimes.
--> never be mad until sumone made me mad
--> seorang yang tak suka pikir benda2 remeh temeh but i'm thinker i guess.. sbb tu slalu xleh tido mlm
--> seorang yang independent i guess
--> seorang yang outspoken kadang2 bertempat, kadang tak bertempat pon ade.
--> seorang yang cepat melenting dan cepat coOl down.
--> suka berangan. yang konfem x tinggal punye. dalam sehari mesti ade part utk berangan

tapi ciri-ciri yang disukai ramai
--> dalam sehari kalo tak melawak/meloyar buruk memang tak lengkap hidup.
--> fast learner, fast thinker (ni kdg2 jek.. kalo bab kenakan org je i praktik menda ni.haha)
--> be able untuk mengenakan orang dengan kata-kata sahaja. yg ni i suke praktik ngan shida and ain.

okey.fine. cukup sampai situ dulu..
itu yang aku tau pasal diri aku la.
yang korang tau pasal aku, aku tak tau.
pasal ape aku tak tau? sebab korang tak bagitau la.. uhuk2x..

sebenarnya aku nak cite pasal ni jek.. mukadimah punye la panjang. =P
once upon a time... mase aku kat matric pahang (2nd year), ade kawan aku tanya..

kawan: kenapa kak yunie ni kn, each time jumpa kalo x buat orang gelak, xsah ek.. nak terburai perot aku kalo tiap2 hari jumpe ngan ko. asek loyar buruk je memanjang..
aku dengan konfiden reply : dah bakanya jenis suka melawak/loyar buruk x tentu pasal, mesti la anak dia super-duper loyar buruk punye orang..

pastu aku cam terpikir? baka? boleh ke perkataan baka tu dipraktikkn utk manusia? hahaha.. rase cm pelik pon ade.. bukan ke kalo utk manusia, kite gune perkataan genetik ke? =P

now kat UTHM pon, sape2 yang rapat dengan aku pon cakap the same things. i ni taklah seserius macam u all tengok muka i. dah memang jenis muka garang.. nak buat camne.. huhu~
bila muka jenis yang garang2 ni, automatically outsider akan cakap i ni sombong..
padahal, i ni terlebih ramah oke~

then pagi ni, baru jek kol 7.10 pagi tadi..
i call my beloved papa.. (i rase cam genetik loyar buruk tu i dapat dari dia lah..)
mane taknye, i call nak cite pasal colour code ngan dia..
then i end up dengan this conversation.
aku: papa, jgn lupa la ek bank-in duit saya..
papa: duit mende? kn dh nak habes bulan 3.
aku: mmg la bulan 3 dh nk habes.. ni nk mtk duit elaun bulan 4 la.
papa: la, watpe nak kasi. kan bulan 4 awk dh ade kat umah..
aku: dah tu sy nak print tesis gune mende? gune air?
papa: ha ah, yelah.. gune air jek.. (sambil gelak2 sinis)
aku: hahaha.. cait~ (aku terkena rupe2nye)

aku tak tau papa aku ni sindir aku bab duit atau bab air..
sebab skrg ni memang area batu pahat dilanda krisis air..
bile ntah nak selesainya..
dari awal tahun lagi dok pung pang pung pang pasal masalah ni.
ni dah nak masuk bulan 4, dok tang tu jugak la kualiti air. skrg ni dah makin teruk je aku tengok.
skrg ni dok ngah catu2 air..
aku harap sebab dia nak ganti paip baru kot..
xpon, dia nak cuci empangan..
eh? empangan leh cuci2 ek?
camne nak cuci empangan ek? hee~
dia gune axion ke kuat harimau?
(~~")

Mar 29, 2010

episode i need you

i'm totally pissed off with my supervisor and my project right now.
also upset with myself who easily giving up after being psyco-ed by super-duper-berlagak-bagus punye supervisor.
totally hooked up with so-called-easy-simple-system to those who expert in system engineering just because i'm using his grant to bought the card reader.. kinda of University punye grant la kan.. its not directly from his money lorh.. but demanding too much for something that he was know nOthing bout that. yang dia tau --> nak ade elemen ni, nak ade elemen tu.. ape? dia ingat aku amek system engineering ke? tau nk buat smua tu? huh~
ni pon belajar sendiri jek. naseb baek ade member2 ngan lecturer IT yang sangat baek utk tolong aku..

stupido me! kalo tau awal2 camni, aku beli dengan duit aku jek. huwaaaaaa~


i'm totally need some space to cheer me up after ending up this project..
what i need now is my friends di sana, di sini, di sinun, di sinen, di sinon and my lovely sisters too..

how to cheer me up?? there is some lists.. hek2x.. suke bebenOr aku kalo bab list-menglistkan benda2 yang mengarut.. hek2x..

--> i need to accompany Anie (my besties in Pintu Geng Secondary School) who will be married in early June. a day after Mimi's big wed-day. nak gi shOpping katanya.. aku suke.. aku suke.. (>.<)

-->i need to accompany/help my sister to survey, bought and prepare for her big wed-day too

-->i want to meet up my wedding crusher team member's.. you know who you are girls... haha~ talk-talk-talk-laughing.. talk-talk-talk-laughing.. i miss u girls.. hee~

-->i want to spend my time to do something that i'm enjoy doing it. coding and programming make me crazy. haha~

-->i need to teach my little sis for her big-so called hard-examination.. be ready to be scolded sis!! SPM is just around the corner sis.. dun play2.. need to refresh my skill in Add-Math, Physics and Chemistry after finishing my project. huargh~ pressure2.. but i do love those subjects, very da peanut lah.. cett~ very2 da peanut pon, time aku dulu xleh scOre jugak.. hahaha~

after all, wat i need now is you.. really need it.

Mar 28, 2010

episode what would u do..

what would u do if....




















a week before ur big wed-day, u find out that ur becoming husband is positively gay?



those questions would bring ur head sucks and dizzy~
1st.. should i break the relationship up and will be shamed bcoz turn up the wedding into disaster..
2nd.. do i hve enough strength to tell both of ur parent and becoming laws the truth? of coz la ur law don't really know the dark secret of their son kan..
3rd.. should i go on with the marriage and pretend that i'm happy even i'm not?
4th.. how could he turns to a gay from a normal,sweet guy? [dun even forget, u are the sexy,gorgeous,brilliant,smart women in this case}
5th.. if i say yes to this marriage, what should i do to bring back him to be normal,typical guy again? [love is blind right? even he was chOse the wrOng path in his life before, u could not avOid urself to bring him to the right path again..] kan?hurm??
6th.. can't even thinking right now.. hee~


so, drop your answers at the comment bOx..
i'm not that girl.. i'm just questioning..
i will tell u the whole true story based on ur comment..
oke? =)

p/s: i'm not supporting gay relationship, mak nyah, pondan, lesbian, pengkid or wat-so-ever it hve been called. but i do friend to some those people. they are influenced due to kekurangan iman and pengaruh rakan and bad history in normal man-women relationship.

Mar 27, 2010

episod terkesan di hati

kenapa dia pilih jalan tu?
kenapa dia yang lagi tinggi ilmu agama dari aku cenderung ke arah itu?
kenapa dia dah tak macam dulu?
kenapa dia nak benda2 camtu?
kenapa dia seakan-akan menyalahkan perempuan sdgkan dia yg pilih jalan seperti itu?
kenapa dia buat camtu?
kenapa?
kenapa?
kenapa?
pergh.. terkesan gile kat hati aku..
siyes dowh..
aku amat down bile dapat tau..


down~
down~
down~
Baby are you down down down down down~~


urgh.. damn!!!

Mar 26, 2010

episod elakkan



biar pi la kalo dia tulis lagu ni utk pmpn materialistik yg pemalas..
aku nak tujukan kat sape2 yg ade ciri2 yg dia ckp tu..
xkire ar lelaki ke pompuan..
annOying sungguh kalo buat pe-el perangai camtuh hoh!


neway.. nape aku rase ade sorang kawan aku ade iras2 cm vocalist dia ek??
hehe~

Ben Kowalewicz



mmg sejibik sejiban la muke diorg..
aku dengar lagu ni mula2 pon dari fb kawan aku tu..
wah2x.. hensem2..
hah? sape yg handsome??
aku cakap ben yg hensem k..
kawan aku tu?
hensem jugak tapi sbb dia suke cari pasal ngan aku.. so x hensem ar..keh2x..


p/s: tgk skali mmg sijiban lah.. tgk byk2 kali.. aku rase ben ni lg macho kot dr dia.. agagaga~

Mar 25, 2010

episod ingin tahu

dah lama aku nak update pasal benda ni.
tapi yelah..
bebanan projek yang semakin memberat..
influence jugak la jari2 aku nak menghupdate pasal benda ni.
ni pon aku buat biar dia publish auto..

aku dah bgtau entry ni bagi aku agak isu panas lah..
so, sesape yang trase aku ni melampau, sile2 la teriak melolong kat ruangan komen tu kan..
tapi sape2 yang trase nak komen pon, leh je komen dengan wisely kat situ..

failed la nak buat introductiOn. haish~
buat dalam bentuk nombor2 la. senang nak faham kot..
hahaha~
eh asal gelak? ni entry marah la.. bukan entry gelak2..
lempang nak? huhu..

alkisahnye camni..
time aku sem 1 thun 1 kat UTHM ni..
kitaorg mmg diwajibkan amek subjek UMS 1113.
subjek amende tu? hehe.. aku xnak bgtau..
hint dia = belajar pasal sejarah2, jati diri plus ni subjek wajib U..
mane2 U pon wajib amek kot. cuma kod subjek tu mungkin xsame la kan..
dan lecturernya lelaki utk kelas aku..

disebabkan time tu sem 1 thun 1.
mestila semangat nak belajar berkobar2 kan?
nak2 ni 1st time ko jejak kaki menuntut ilmu kat alam pengajian tinggi kn..
lepas tu, boleh pulak 2nd day kuliah subjek ni ko xde sbb ko terpilih gi trip ke Parlimen anjuran MPP untuk tgk sesi persidangan Dewan Rakyat..
in da same day, member2 kelas ko yg laen boleh pulak tuang/ponteng kelas ni sbb xjumpe dewan kuliah ke ape ntah sebabnye.. aku lupe..
tapi time tu jugak kebetulan ade pemilihan ketua/penolong kelas utk subjek tu.
dan x semena2, nama ko naek untuk jadi penolong..
padahal tuan empunya diri xde time tu..
terpilih atas alasan gi Parlimen ~ aku pon xphm pasal part ni..

oke abaikan lah.. tu kiranya saat2 perkenalan aku ngan lecturer ni.
disebabkan ketua subjek aku time tu agak sengal2 ikan.
maka mostly aku la yg akan dipertanggungjawab untuk berdepan ngan lecturer ni..
balik2 dari Parlimen tu, dah ade bebanan kat aku..
which is aku kene pujuk dis lecturer yg xmsuk lecture sbb salah si ketua yg sengal2 ikan tadi..
aku kne pujuk ats alasan sbb aku perempuan, dan dia lecturer lelaki..
mesti dia akan lembut kalo pmpn yg pujuk.. haish~
dan aku xde pujuk2 pon.. sekadar memohon maaf atas kesalahan budak2 kelas dan mintak lecturer utk masuk lecture balik kelas kitaorg..
dan sesi so called pujuk2 tu sbenarnya lebih kpd sesi pengenalan lecturer ngan penolong kelas je. (aku gi bertemankan kwn aku ye)
dia dok tanye camne aku leh terpilih gi lawatan tu.. pastu tnye pendpt aku pasal isu politik..
haish~ aku taram je la ape yg aku tau..

pastu sepanjang sesi perkuliahan ngan dia..
mmg aku adore gile la cara olahan pengajaran dia.
almaklum la blaja bab2 sejarah ni kalo xkene cara, mau ko tido dalam kelas kan?
tapi sepjg kelas dia, aku jarang la terlentok ke tertido ke ape ke..
mmg lecturer ni famous ngan cara "outspoken tapi berlapik" pasal isu2 yg berlaku dlm/luar negara kita ni.
dia ni sangatlah mau serba serbi sempurnalah..
dari segi pemakaian kami ke kelas which kene pakai baju kurung even kuliahnya di malam hari.uhuk2x.. lelaki pulak bertie dan berseluar slack
dan dia ni sgt memandang tinggi kaum kerabatnya yg konon2nya ade kene mengena ngan pembebasan negara kita dari tangan penjajah..
lecturer ni org jati Langkawi. ex-student UM kalo xsilap. pernah memegang jawatan yg agak disegani dlm MPP-UM zaman dia. sudah beristeri. mempunyai anak kalo x silap aku dah nak masuk 3/4 org camtu lah.






tapi....

kdg2 insan yg kelihatan hebat ni xdela hebat dari segenap segi pon..
menyebabkan aku xbpe nak adore2 dia lagi..


1st case..
slalu cakap dia sangat anti ngan budak2 perempuan FTMM - UTHM sbb ade kes student yg brani dakwa dia berat sebelah dlm bhgi2 markah smpai ke pihak atasan.. ade unsur2 kegatalan sbnrnye.. tpi aku xnk cte penuh kt sini..

2nd case..
ketara gile gatal bile msg sorang student pmpn tgh2 malam hnya nak cakap "Farhan AF xmenang lah.. sedih saye" -----> erk.. perlu ke? fyi time tu ngah hot ngan mawi-farhan-felix-marsha kot

3rd case..
pernah terserempak ngan aku kat mall.
time tu dia ngan wifey n kids
aku ngan member2 aku.. bapak ar..
tgk kitaorg cam atas-bawah-atas-bawah ngan pndgn gatal, curious siap sengih2 pulak tu..
errk kuasa dua...

4th case..
kene kat member aku sdri..
ayat xleh blah dia..
"la, xsangka lak ade student saye yg cantik cam cik P****(bukan nama sbnr) ni, kalo x.. leh ngorat2 time dalam kelas dulu"------> erk kuasa tiga

5th case dan yang terbaru....


hurm.. perlu ke smpai camtu skali?
dah xbpe nk hormat dh dia bile dh cmni gayanye..

Mar 22, 2010

episod kecik hati

ni entry emO..
tengOk tajuk pon tau kan?

punca = tengok gambar x-budak2 sekelas dulu..
kelas mane?
kat mane?
sape yang terlibat?
nape smpai kecik2 hati ni?

kelas mane = seksyen 3 BBV intake 2006/2007
kat mane = kuittho --> UTHM
sape yang terlibat = ramai.. nk kene state name sorang2? xpayah. sebab mmg kalo sebut makan hati berulam jantung smua orang. ye! aku emO kalo teringat balik..

nape smpai kecik2 hati ni =
satu.. jenis yang depan cakap laen, belakang cakap laen... sape? ramai..
dua.. jenis yang malas, mintak org laen handle, bile dh org laen handle, mulut dia yg kecoh skali.. sape? ramai..
tiga.. jenis yang xsenang tgk org2 hawt cam geng2 aku bergaya lebih.. mulut dok pung pang pung pang.. maklumlah makwenye baek kan.. makwe baik, kalo ko mulut cam celake, xgune jugak baii.. eh? eh? makwe dia baek ke? teeeet~
empat.. jenis yang niatnye nak menegur tapi x kene cara.. ramadan bukan maen beria2 mintak maaf, syaaban dh dok kutuk balik.. kesahnye?
lima.. jenis yang depan kononnye support-menyapot la, belakang dok caci-mencaci.. sape? ramai.. time bile? time aku jadi MPP.. siap buat post kat group friendster tu. smpai mati aku ingat...
enam.. jenis yang arini susah, baru terhegeh2 nak mintak tlg.. esok bile dh senang, buat2 xkenal dh yg tolong dia tadi..


haish~ kalo nak bukak balik cte lame.. memang rase menyirap. panas gle rase hati ni.. tapi mintak maaf byk2 la.. sape2 yang pernah buat hal ngan aku. aku kenal ko setakat kenal je la. kalo lepas ni, terposting di tempat yang sama ke.. ko terpaksa berurusan ngan aku ke. aku buat xkenal jek. nak mintak aku tegur say hi dulu, harap maaf lah..



p/s: aku tuju direct kat certain2 budak kelas aku.. bukan semua.. yang tak terlibat jgn terasa hati..
p/s kedua: aku check kat friendster tadi topic tu ade lagi.. sedih beb.. sedih..
p/s ketiga: aku x berdendam tapi aku ingat sampai mati. moga-moga bila dah berkerjaya nanti, peel perangai tu bawak2 berubahlah. sebab aku tau orang yang aku maksudkan ni penilaian time LM dia camne. jadi ko xyah nak berlagak bagus la baii.. kalo aku jadi interviewer ko time nak posting nanti, aku terus blacklist je name ko. huh~
p/s keempat: yanna.. ko tau kan sape yg aku maksudkn.. kalo xtau, xpe.. nnti aku bgtau.. ahaks..

Mar 20, 2010

xde keje..

oke. fine.
aku tau.. before dis aku ade ckp blog ni bakal jadi bagai nyawa2 ikan yang nak naek ke daratan..
kalo campak balik ke laut pon, dah konfem2 xsempat nak hidup smula..
eh? ape punye intro da?

tapi aku still dok update dan update dan update..
keh2x..

buat kakak2 di sane, di sane dan di sane..
jangan risau, projek tahun akhir saya dah hampir selesai.
aku amek mase kejap jek untuk update..
jangan risau eh.. eh.. eh.. eh..
oke~ gedik pulak rse dok ber"eh2".

aku dah tdo dah kol 11 tadi..
tumpang tdo bilik housemate..
kunun2 nak bangun balik ar buat keje..
dan2x jek bangun balik..
bangun2 kol 12, menonong masuk sambung tdo kat bilik sdri..
tapi kpale dh cam xleh nak setting untuk tdo balik..
asek teringat kat projek tu lah..
sekejap kalih ke kiri..
sekejap kalih ke kanan..
last2.. bangun, basuh2 muka.. owh baru teringat x solat isyak lagi (kantoi lak.. hee~)
then bancuh nescafe 2 paket..
dok surf ke sana sini..
keje x start2 jugak..
x ngadap projek jugak.. hahaha..
tetibe terjumpa ngan benda alah ni
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


oke fine. terjumpa oke.. bukan sengaja cari ke ape..
tengah dok promo kat utusan online..
aku bukak je lah..
nak tengok la jugak level kekacakan yang diwar2kan..
haish..
ade jugak yang xckup syarat..
pada aku lah..
rupa dah okay, tapi xbpe confident.
ade pulak yang xbpe nak matang..
time nak promo diri sendiri, dok tergerak sana sini..
tapi padan-lah ngan umur.. baru belasan tahun..
ade tu yang spoil dok pakai rantai pulak..
haish~
muka kacak, suara okay, konfiden ade..
dok taram pakai rantai watpe bang oii?
kn dh kene reject dek aku..
bukan semuanya x okay..
ade jugak yang okay..
ade yang manis jek senyumannye.. even xde la handsome mane pon.. --->refer to MIZIE..
tapi still okay lah.. hahaha...


hah! ape dok tunggu2 lagi..
kalo trase kredit tu terlebih ke..
xde nak msg2 sape.. nak kol sape2..
pilih la candidate yang korang minat..
type kacak space nama candidate then hantar kat 33995..
standard ar kne charge 50 sen..
sampai bile leh undi, aku xtau la pulak.. sile refer kat utusan online sdiri la ek..
xpon, korang gOogling jek pasal Pencarian Kacak Bergaya 2010


kejadahnye aku dok promo menatang alah ni kat blog pulak?
hahahaha..
tu la aku cakap.. xde keje.. cari keje..
yang penting aku xde kredit terlebih nak dibuang ke benda2 alah nie..

dah2x.. nak sambung buat keje pulak..
hee~

Mar 19, 2010

belajar itu wajib!

belajar-la sayang..
bukan semua perkara engkau tahu..

belajar-la sayang..
biarlah penat sekarang..
biarlah xpandai sekarang..
daripada engkau menagih simpati orang di kemudian hari..

belajar-la sayang..
yang engkau tidak tahu.. engkau bertanyalah kepada yang tahu..

belajar-la sayang..
yang baik2 sahaja.. yang kurang baiknya, kau jadikan sempadan..

belajar-la sayang..
kerana hidup ini perlukan ilmu..
bukan emosi semata..
bukan nafsu jua..

belajar-la sayang..
bukan untuk mama..
bukan untuk papa..
untuk masa depan kamu sendiri..

belajar itu kan wajib..
xkira bagaimana kondisinya..
yang baik itu dikongsi, diikut, diamalkan..
yang kurang baik itu direnung, diolah, dihindarkan..
jangan mudah menggelarkan kamu yang terbaik kerana masih banyak perkara yang kamu tidak ketahui..





p/s: kata2 di atas antara pesanan papa mama aku yang ku olah menjadi satu..
p/s lagi: emo + rindukan sokongan dari ahli keluarga. (jam 1.54 pagi 19 Mac 2010)

Mar 18, 2010

hujan tu nikmat k.. bukan nik aziz bin nik mat tau

hujan tu nikmat bile seharian panas membahang..
hujan tu nikmat bile time tdo.. sejuk je rase..
hujan tu nikmat bile xde air.. leh tadah wat mandi, basuh motor ke ape ke..
hujan tu nikmat bile depan umah ko berdebu/berhabuk gile kaw2 punye..
hujan tu nikmat bile ko xbasuh kete sebulan.. lepas hujan, terus leh lap2.. baru naek seri kete tu..


malangnya..
hujan tu kadang2 xbpe nak nikmat sgt bile kene kat penunggang motor cam aku neh..
mau berbirat jugak muke aku dok redah hujan time odw balik dr umah cik zulia tadi..
tu la.. orang dah cakap hari nak hujan, aku dok tangguh2 nak balik..
skali dh start motor, hujan dah rintik2..
ingatkn dia (bace hujan) maen2 jek..
aku pon chow la.. ngan harapan hujan rintik2 je..
skali dh elok smpai simpang umah aku, hujan dah xde mase nak maen2.. terus lebatkan diri..
mak aih~ ngan kelajuan 7okm/j dlm hujan..
ko rse berbirat ke xberbirat muke ko?
hahaha...
nak bawak slow kang basah lencun gak..
baru laju kang berbirat muke.. basah xyah dok cakap la.. mmg lencun habes lah..
end up smpai2 umah habes dr atas ke bawah basah..
oke~ jgn pkir pelik.. jgn imagine yg bukan2..
hahaha...





p/s: mintak2 x demam mlm ni.. amin~

i don't have a heart

lagu lame..
dengar bait2 kata dia..
haish~
trase cam kene kat diri sdri lak..
uhuk2x..

Mar 11, 2010

mess up~

kepada blog yang disayangi bahkan ditatang dengan minyak yang penuh~
dimanja2.. dibelai2..
diupdate kalo boleh setiap hari even tak setegar blogger2 lain yang update 4-5 nam kali dalam sehari..
mulai saat ini..
saat ketika ini..
kalo kamu seperti hidup segan, mati tak mau..
kalo kamu seperti nyawa-nyawa ikan..
kalo kamu seperti telur di hujung tanduk..
maafkan saya sebagai pemilik blog.

hari2 yang mendatang..
minggu2 yang mendatang..
adalah penentu masa depan saya..

tidak..
tidak..
saya tidak berkata blog ini tiada masa depan..
ade.. mustahil tiada..
tetapi bukan di alam realiti..
realitinya, saya perlu berdepan dengan segala apa yang telah saya usahakan selama 3 sem..

3 sem mengadap benda alah yang sama.
3 sem mengadap sesuatu yang bukan kemahiran saya..
3 sem dikata itu ini..
3 sem yang sangat memenatkan..
3 sem yang saya anggap ia membuang masa saya.
3 sem yang saya rase mahu diputar sekali lagi supaya saya memilih ape yang menjadi kepakaran saya..
3 sem yang cukup pahit maungnye..

manisnya hanya selepas ini..
sekarang hempedu masih berkuasa.
dengan kuasa Tuhan..
sama ada lambat atau cepat..
saya memohon untuk dilepaskan dari bebanan ini..
bahawasanya Tuhan tidak menguji umatNya jika umatNya tidak tahan diuji..
wallahualam..

Mar 7, 2010

happy-exhausted day with adik sengal

hajatnye nak update pasal aktiviti hari ni..
erk..
i mean semalam.. baru prasan dh kol 12.46pagi dh..
oke~ abaikan..

alkisahnye aku xde plan nk kuar pon..
duit pon sengkek..
nak makan pon, pkir banyak kali..
ni kan nak kuar gi jejalan kan..
tapi pkir punye pkir..
even orang yang ajak tu pon ajak last2 minute kan..
tapi xkisah lah..
sebab dia ajak gi kenduri kan..
bile gi kenduri, mesti ade makan2 kan?
bile makan2 kat kenduri, mesti la free kan?
maka kat situ...
adelah benefit bagi orang yang kekurangan duit cam aku kan?
ahaks~

ni orang yg ajak.. mmg niat nak kasi nmpk sket jek.. hahaha~


kami adelah ber-pergi-an dengan mereka berdua ini

memperkenalkan daddy don ngan man..
daddy don yg kunun2nye ade lesung pipit tu..
man lak yg sebelahnye..
nape diorg pakai baju same?
hehe.. kunun2 sehati sejiwa la kan..
xde maknenye..
diorang bukan g to the a to the y oke..
masing2 dh ade pasangan hidup masing2 dh..
and of coz la tidak same jantina..
panjang lak ctenye..
ringkasannye = diorang ni ahli group kompang untuk kenduri tu..

oke, next picture lak..

erk.. ni baru smpai ni. ngah tunggu orang ajak masuk dewan.. hee~

masuk2 dewan, terus cari makanan oke..

time tuh dah masuk kol 1 kot..

lapar gile..
padahal gerak dari umah around 11.30 pagi..
nak kate jauh, xjugak..
setakat dewan jubli perak kat bandar batu pahat tu je kot..
tapi ade la adegan singgah menyinggah kan..
hee~
datang pon ngan perot kosong..
mne x lapar..
lauk adelah so-so.. jadi malas nak snap2..

time ni dah sangap gile kot..

dok nunggu pengantin lame gile..
haih~ nak balik pon xsampai ati..
takkan datang nak makan je kan..
tunggu2 pon, x amek jugak gambar ngan pengantin..
ahaks~ sengal gile..

xde pengantin..
pelamin pon jadi la kan?

sorry.. amek dari jauh jek..

guna pon camera handset je..
xtau la nape aku tgk pelamin ni cam semacam jek..
nape ek?
hurm...

skip cite situ sana sini..
part lastly,
aku ngan ain ke SUMMIT setelah sekian lama xjejak kaki ke sini..
cube imagine pegi ke mall tanpa ada duit untuk shupping?
terseksa woooo~
hahaha..
tahan je tadi..
agak tegar jugak lah tadi..
ngan panas berbaju kurung dan berkasut tumit tinggi..
haish~ xpenah2 le aku buat..
tapi end up ngan happynye..
x shupping pon xpe..
asalkan hati happy kan?
ayat nk pujuk diri sendiri je tuh.. hee~

thanks ain ye.. hee~