Mar 31, 2010

episod kronologi

minggu lepas, 25hb Mac 2010 hari khamis kol 6 petang..
aku dikejutkan dengan permintaan untuk menambahbaikkan sistem yang aku cuba bangunkan..
supervisOr aku request macam2 untuk dimasukkan di dalam sistem aku..
semua benda2 alah yang dia request tu aku xde pengetahuan langsung cmne nak buat..
dah lama sebenarnya dia mendesak..
tapi aku tak tau nak buat benda yang dia mintak tu..
kali ni, dia bagi tempoh seminggu untuk siapkan..
maknanya jumaat ni = 2hb April 2010 dah kene hantar finalize ngan dia..


start dari hari khamis lepas aku dh berusaha untuk menambah itu ini..
belajar guna buku dan internet je. nak harapkan lecturer tu?
bile aku tanya camne nak buat itu ini tu, dia cuma balas
"saya tak reti, awak pegi la tanya lecturer IT ke lecturer elektrik ke.. awak kene usaha lebih munirah.. takkan sebab awak tak reti buat, awak nak bagi alasan x reti dalam penulisan tesis awk?"
pergh, dalam hati aku time tu hanya mampu menyumpah seranah saje..
maaf, aku sangat annOying dengan lecturer yang berpangkat Dr yang demanding nak itu ini tapi sikit pon dia tak menyumbangkan ilmu dalam penyiapan sistem aku ni..
setakat pandai memprovokasi aku untuk berusaha menyiapkan sistem ni je..
selebihnya semua atas usaha aku

aku pon pelik, ni projek aku ke projek dia?
yang sampai aku kene ikut semua yang dia nak?
memang la plan awal nak buat cam sistem kehadiran pelajar..
tapi dia suh besarkan skop..
takkan awak nk buat sistem kehadiran je?
tambah la dengan sistem pemarkahan jugak..
fine. aku cam redha je time perbincangan tu sebab aku ingat buat gune Microsoft Access pon dah leh siap kan..
pastu dia tanya aku sistem kehadiran tu nak buat manual ke atau nak buat yang touch2 kad matrik kat card reader tu?
aku cakap la gune card reader la encik.
dia cakap okay dan proceed la.

time aku nak start buat database dulu okay lagi.. dia pon ade tunjuk contoh database.
aku dok mati2 la ingat dia yang buat database tu..
rupa-rupanya lecturer laen yang buat, tapi dia yang cam eksyen lebih..
budget dia yang buat..
siyes weh.. aku leh detect database tu bukan dia buat sebab bila aku tanya camne nak buat elemen ni (cth insert dan linkkan combo box dlm database), dia cakap dia tak ingat..
eh? mustahil la tak ingat.. dah kata dia yang buat..
semakin aku dok provok2 dia..
tanya benda ni nak buat camne encik.. tanya benda tu nak buat camne encik?
last2 dia bagitau yang Sistem Pengurusan Jadual Kuliah Pensyarah tu bukan dia yang buat..
lecturer laen yang buat..
pergh.. terduduk aku kat situ.. tak terkata dah time tu..
dalam hati aku "shit! aku diselia oleh orang yang salah"

lepas tu aku dah xjumpa dia dah.. lantak ar dia nak cakap aku xdatang jumpa dia ke ape..
xtunjuk flow penyiapan projek ke ape ke..
plus nak jumpa ngan dia.. lagak cam nak jumpa ngan menteri susahnya..
sibuk memanjang.. huh~
then terpaksa terkial2 belajar sendiri..
sakit babe.. belajar gune buku dan internet je sourcenya..
nak gi tanya lecturer IT, kang dia dok pung pang pung pang sebut istilah2 yang aku x tau..
lagi tambah sesak kepale aku..
orang tganu kata "oloh, jammed pale otok ambe gini"
hahaha~

so, aku agak lambat nak start buat sistem ni. sebab tak tau nak start ikut celah mane dulu..
nak buat interface dulu ke.. nak buat database dulu ke..
nak buat interface guna ape? guna Access ke VB?
pastu camne nak guna VB? nak pilih VB version mane? VB 6.0 ke VB.net ke VBA ke?
xtau.. semua tak tau.. hahaha~
bile aku tanya member2 IT (lebih merujuk kepada tanya ex sbnrnya)..
dia cakap guna la VB 6.0.. senang sket.
aku pon ikut la cakap dia..

pergh.. rupa-rupanya VB 6.0 neh dah jarang2 orang guna.. mmg la senang bagi beginner cam aku nak blaja. tapi mende tu cam dah out-dated.
tak banyak sources dan ramai dah lupe camne nak gune.
dugaan lagik..
aku gi tanya lecturer fakulti teknologi maklumat pon, dia cakap dia setakat leh ajar konsep database jek. VB dia dah lupe camne nak guna..
tapi lecture ni bagus.. dia tak biarkan aku terkapai2 sesorang diri..
dia siap pinjamkan aku tesis student dia suh aku refer..
dia suh balik baca and datang balik jumpa dia n present tesis tu..
dia nak makesure aku btol2 paham sistem kehadiran tu ape..
at least dia ade effort nak pahamkan aku sistem pangkalan data ni ape..
nak compare ngan supervisOr aku?
macam langit and bumi wa cakap lu..

lecturer IT ni even dia hanya pemegang Master tapi dia sangat humble..
dengar2 cte dia nak smbung study lagi..
pergh.. memang aku salute la lecturer camni..
dia tak ajar aku satu2, tapi dia bagi guideline..
itu yang aku suka..
berbanding supervisOr aku yang hanya tau nak sistem aku ni siap tapi satu habuk pon xbg guideline ke ape..
ke memang tugas supervisOr ni supervise bodoh2 jek?
state ape yang dia nak, pastu suh student siapkan ek?
camtu ek? jadahnye..
hahahaha~

itu baru sikit aku cite..
aku tak cite lagi kesusah-payahan aku
turun naek KL nun di sana, gi study kat tempat aku beli card reader tuh..
plus masalah2 peribadi yang aku alami sepanjang penyiapan sistem ni.
xpe lah.. yang tu aku simpan dalam kotak memori aku je la..

mesti korang pelik kan nape aku cte pasal menda2 ni smua?
xyah pelik la.. ni aku buat untuk panduan aku masa hadapan..
kalo aku nak jadi supervisOr ke lecturer ke cikgu ke..
aku nak jadi lebih baek dari supervisOr aku..
aku nak jadikan lecturer IT tu sebagai idola aku..
aku bukannya nak buruk2kan supervisOr aku tu..
sebab kalo ko masuk kuliah yang dia ajar, memang dia lecture dengan baek.
tapi kalo bab supervise student, aku rase dia kene belajar lebih lagi la..
tak guna naekkan nama sendiri dengan gune projek student.
padahal ko tak menyumbang pape pon..
shit! aku mengata lagi..
hahahaha~

dah2x.. jom sambung buat keje lak..

5 comments:

yana lyana said...

menyampahnya lect itu.
takpe.
kamu harus bertabah n bersabar.

buktikan kamu boleh okay?
jangan give up.

go go cayok!

p/s : i love u. (tibe-tibe)

yana lyana said...

menyampahnya lect itu.
takpe.
kamu harus bertabah n bersabar.

buktikan kamu boleh okay?
jangan give up.

go go cayok!

p/s : i love u. (tibe-tibe)

Unknown said...

yana..
i nak sayang u jugak lah..
sayang u lebih2x..
dtg sini cpt2..
uhuk2x..

kakak anak uncle husin said...

pergh...panjangnya entri ni...

Unknown said...

kakak..
dah name dia kronologi..
aku silap la..
asal analogi pulak..
hahahahaha~