apakah aku bisa hidup tanpa sang pencinta?
apakah aku bisa bahagia tanpa sang pencinta?
apakah aku bisa gembira tanpa sang pencinta?
apakah aku bisa senyum tanpa sang pencinta?
apakah aku bisa riang tanpa sang pencinta?
kerna dia tak bisa hidup tanpa sang pencinta..
kerna dia tak bisa bahagia tanpa sang pencinta..
kerna dia tak bisa gembira tanpa sang pencinta..
kerna dia tak bisa senyum tanpa sang pencinta..
kerna dia tak bisa riang tanpa sang pencinta..
jika sang pencinta yang dimaksudkan ialah seorang lelaki(except family) yang berstatuskan kekasih..
boleh aku katakan ye. aku bisa hidup tanpa kehadirannya buat masa,detik dan ketika ini.
nampak sombong/angkuh sungguh aku dengan ayat2 itu..
tapi kebenarannya begitu..
buat masa dan ketika ini..
fokus aku hanya untuk family dan kerjaya(even tak bekerja lagi)..
kotak fikiran aku pada waktu dan saat ini adalah untuk
... mencari pekerjaan sementara sebelum dihantar mengajar ntah di mana2.
... menggembirakan ibu bapa selagi mereka hidup.
... mencari jalan halal untuk dapatkan wang sebanyak mungkin. (aku seorang shopaholic. maka tiada perlu membebankan sang kekasih jika ada)
... menyelesaikan tugasan2 yang ada di rumah sementara masih di rumah. (aku suka mengemas tapi jangan disuruh.. automatik jadi pemalas yang super-duper tegar)
... menghabiskan masa dengan meng'online'kan diri.
... menghabiskan masa untuk menonton televisyen.
... menikmati kehidupan bergelar anak dara sebaik mungkin.
... terlampau sibuk memikirkan tentang diri sendiri dan keluarga. tak sempat nak pikir pasal sang kekasih jika ada.
nah. bila dah dikatakan begini, masih punya waktukah untuk aku memikirkan tentang sang kekasih?
aku tak sombong. aku peramah. tanya yana dengan dik aing kalo tak caya.
aku peramah kalo kene gayanya..
tapi rata-rata lelaki yang mengenali aku melalui nama/raut wajah dan hanya bertegur sapa tak sampai 10 kali, mudah untuk mereka mengatakan aku "anak orang kaya sombong, dah la tak cantik, kasar pulak tu"
dengan mudah aku menjawab
"ye, aku anak orang kaya.. kaya dengan budi bahasa tutur kata yang manis didengar. aku tak dibesarkan dengan carutan2 yang entah apa2 maksudnya itu. aku tak dibesarkan dengan kata2 amarah yang kosong. setiap amarah sentiasa diakhiri dengan nasihat yang berguna yang hanya perlu dibayar dengan rasa hormat dan setia. tahap mana kekayaan yang kamu2 nilaikan itu? jika memiliki sebuah lamborghini itu tahap kekayaan yang kamu katakan, aku jauh untuk mencapainya. lagikan aku hanya mampu bermotorsikal cabuk untuk ke kuliah semasa di Universiti dulu. pergi mengajar ketika praktikal pon aku bermotorsikal. jadi di mana kamu melihat aku ni anak orang kaya? jangan hidup dengan taakulan dan perasaan rasa. kelak nanti kamu sendiri akan binasa."
"ya, aku tak cantik. aku tak pernah mengatakan aku cantik. luaran mungkin aku hanya biasa2 saja. aku senang dengan kebiasaan itu. tiada mata melilau melihat aku. tiada mata yang ghairah melihat aku. aku senang dengan cara personaliti aku. kenapa aku perlu cantik luaran untuk menarik kamu mendekati aku? di situ sudah terang lagi bersuluh kalo takde lampu suluh, mintak je ngan aku lampu suluh biar aku suluhkan untuk kau yang berkata itu. jika kau hanya mendekati aku kerana cantik luaran. aku tiada aset itu. aku mendidik jiwa aku sekental yang mungkin, setabah yang mungkin, setegas yang mungkin sehingga segala perasaan2 yang bergolak di dalam sanubari ini terpancar ke wajah aku. owh ye, aku memang sedikit panas/baran dengan lelaki yang mudah mengalah, mudah mentaksir tanpa bertanya, mengambil jalan mudah untuk segala benda yang ingin dikecapi"
tapi. kau yang berkata itu harus mengingati ini ---> aku peramah jika kene pada gayanya.
~~(^>^)~~
usah dibebankan fikiran kamu jika aku masih belum ada sang pencinta kerana aku ada family dan rakan2 yang menyokong apa sahaja yang aku lakukan.
sang pencinta akan datang jika dicari.
malangnya aku masih belum berkesempatan untuk mencari.
mudah-mudahan pencarian aku dipermudahkan oleh-Nya.
No comments:
Post a Comment