Sep 17, 2011

episod siapa diri anda sebenarnya?

kebanyakan ahli motivasi berpendapat bahawa kita perlu menilai diri sendiri untuk mengenalpasti kelemahan dan kekurangan kita.. 
ini adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan apabila berdepan dengan orang ramai..
lebih-lebih lagi jika kerjaya anda menuntut untuk bercakap atau memberi ucapan atau menyanyi atau mengutarakan pendapat atau mungkin juga menterjemahkan skrip lakonan kepada bentuk lisan..

waima mau menjual kuih di pasar pon menuntut tahap keyakinan tinggi supaya kita dapat tarik pelanggan untuk membeli kuih kole kacang yang kita jual.. (kuih kole kacang hanya sebagai contoh, anda boleh ganti dengan jenis kuih yang anda suke)..
di mana anda sebagai penjual perlu yakin dengan kualiti dan kesedapan kuih kole kacang yang anda jual..
bagaimana anda hendak mendapat keyakinan itu?

1. anda perlulah mengetahui teknik-teknik penghasilan kuih kole kacang. 
~ apa bahan-bahan yang hendak digunakan untuk membuat kuih kole kacang..
~ berapa banyak kuantiti bahan-bahan yang hendak digunakan..
~ berapa banyak kuantiti kole kacang yang hendak dihasilkan..
~ bekas yang macam mana yang perlu digunakan semasa mengadun bancuhan kuih kole kacang.. dan sebagainya..

2. pastikan anda mempunyai teknik tambahan untuk menyedapkan lagi penghasilan kuih kole kacang..
~ di mana anda perlu menambah sendiri perisa mengikut kekreatifan anda.. laen orang, laen caranya..
~ jangan terlalu menumpukan kepada resepi yang diberi sahaja.
~ cuba try test dengan menambah elemen-elemen baru di dalam penghasilan kuih kole kacang anda.. supaya kuih kole kacang yang anda jual laen dari orang laen..

3. tetapkan harga permulaan bagi kuih kole kacang anda.
~ siapa pelanggan anda?
~ berapa keuntungan yang anda inginkan dalam sehari? seminggu? sebulan? setahun?
~ berapa total perbelanjaan yang diperlukan?
~ harga jualan melebihi harga modal atau tidak?
~ berbaloi ke harga dengan kesedapan kuih kole kacang?

untuk mendapat keyakinan menjadi seorang penjual kuih kole kacang pon anda perlu memikirkan sebanyak ini.. apatah lagi ingin menjadi seorang guru yang kerjanya berdepan dengan murid, rakan sekerja, majikan, ibu bapa dan masyarakat..
fikirkanlah.. siapa diri anda sebenarnya?
jika benar ingin menjadi seorang guru, betulkan niat anda sebelum memasuki bidang pendidikan..
insyaAllah segala pekerjaan anda akan dipermudahkan..
bukan niat untuk menunjuk, sekadar berkongsi setakat mana yang saya tau..
nilailah siapa diri anda sebenarnya.. sebelum anda cuba untuk menilai orang laen..
dan jangan terlalu meninggikan diri dengan kehebatan yang tak seberapa sehingga tak sedar anda juga mempunyai kelemahan yang tidak mampu dibaiki lagi.
sekian. terima kasih.

No comments: