Jul 18, 2011

episod pasal kawan bukan pasal kawen

selepas hampir setahun meninggalkan episod belajar di batu pahat sane..
selepas hampir setahun meninggalkan teman housemate yang sangat sempoi, sekepala, dah gaduh boleh baaik balik, gemar bershopping di kala wang ringgit tiada, pandai memasak, suke barang-barang pink dan merah obviously, dan sanggup teman aku gi minum kat Gelas Besar jam doblas malam pastu rajen bawak aku gi mekdi sebab nak lepaskan gian...
selepas hampir setahun meninggalkan mereka-mereka itu semua..
sumpah aku rasa cam awkward nak mulakan hidup baru dengan rakan-rakan yang baru..
ditambah pulak dengan jenis yang tak reti nak mencelah macam aku ni..
masalah nak start bergurau mesra dengan rakan sekerja adalah sangat kritikal okeh..

naseb baek lah ada housemates yang satu tempat kerja ngan aku..
sorang sesi petang, sorang lagi sesi pagi sama ngan aku..
dengan diorang lah aku belajar peel perangai cikgu cikgi kat sekolah..
mungkin tak sepenuhnya, tapi agak bermanfaat untuk aku get to know each of them..

naseb baek jugak sebab housemates adelah baru posting bulan february tahun ni.
jadi kami sama-sama freshy, sama-sama cantik, sama-sama gebu.. eh? hahaha
naseb baek sebab aku kene buat modul orientasi guru baru yang ala-ala portfolio yang kene buat time praktikal..
mase ni lah baru terhegeh-hegeh nak berterima kasih kat Tuan Haji Ashari (penyelaras latihan mengajar fakulti pendidikan UTHM) sebab paksa rela kami buat portfolio dulu..
rupa-rupanya memang ade benefitnya tersendiri..
terima kasih Tuan Haji..

naseb baek pulak sebab housemates adelah option kaunseling dan mereka lah banyak ajar camne nak handle budak malas tegar kat sekolah tuh..
nanti aku nak buat entry pasal budak2 ni kat blog cikgu.

kehidupan aku setakat ini bukanlah semuanya bernaseb baek..
antara kemungkinan-kemungkinan yang aku bakal hadapi adalah seperti
--> akan menyewa seorang diri bermula bulan Ogos..
--> akan membayar bil seorang diri bermula bulan Ogos..
--> akan mengikat perot kaw-kaw bermula bulan Ogos..
--> akan berbuka puasa seorang diri bermula bulan Ogos..
--> akan pergi, balik sekolah seorang diri bermula bulan Ogos..
--> akan bersusah senang seorang diri sahaja bermula bulan Ogos..

sobsosbosbsosb...
sedih ar nak pindah umah...
;' (

No comments: