kenape?
ade ape ngan tarikh tu?
kenape perlu ade masa yang specific?
penting sangat ke tarikh tu?
ah.. persoalan kalo disoalkan memang macam2..
betol tak?
so, kite teruskan agenda kite pada entry kali ni..
iaitu kisahnya adalah bersangkut paut dengan sekolah dan pelajar dan latihan mengajar.
sedar tak sedar, rase cam baru sekejap saje mendaftar nama untuk memulakan sesi praktikal kat sekolah tu.
sedar tak sedar, rase cam baru semalam dok sibuk pikir nak pakai baju kaler ape pada hari pertama mendaftar.
sedar tak sedar, rase cam baru semalam kehilangan laptop dan handset kesayangan.
sedar tak sedar, rase cam baru semalam berdepan dengan spesies orang yang pentingkan diri sendiri plus lupekan sahabatnya (dlm case ni, dia bukan kawan aku.. dia kawan kepada kawan aku)
sedar tak sedar, rase cam baru semalam kena kejutan budaya bila berdepan dengan pelajar malas nak belajar.
sedar tak sedar, rase cam baru semalam belajar how to be a goOd teacher.
sedar tak sedar, rase cam baru semalam ditegur sebab duduk di tempat duduk cikgu seniOr time assembly harian.
sedar tak sedar, rase cam baru semalam terpakse berjaga sampai 3-4 pagi semata-mata nak siapkan ABBM untuk mengajar keesokan hari.
sedar tak sedar, rase cam baru semalam tak lena tidur hanya kerana pikirkan peel perangai students.
kalo nak diikutkan hati, macam2 lagi perkara yang berlaku sama ada dalam keadaan sedarkan diri atau buat2 pengsan equal to tak sedarkan diri.
tapi kenape minggu ni students baru trase saya akan meninggalkan mereka?
tapi kenape minggu ni students baru nak belajar hormatkan saya sebagai guru mereka?
tapi kenape minggu ni students baru trase nak dengar ape yang saya ajar?
tapi kenape minggu ni students baru nak dengar ape yang saya kate?
tapi kenape minggu ni students baru nak rapat2 ngan saya tanye itu ini?
tapi kenape minggu ni students baru rase saye ni penting dalam hidup mereka?
tapi kenape minggu ni students baru nak buat saye terharu dengan tindakan mereka?
tapi kenape minggu ni students baru timbul kesedaran nak belajar?
tapi kenape minggu ni students bising,nakal, menyakitkan hati saya baru belajar untuk menyenangkan hati saye?
jangan cakap saya mengeluh bila saya utarakan perkara2 di atas..
saya tak menyesal sebaliknya lebih berbesar hati bila students saye mula menunjukkan behaviour yang baik.
cuma saya bimbang, bila saya dah tiada di hadapan mereka nanti, adekah mereka mengekalkan peel perangai ini atau mungkin kembali mengganas seperti dulu kala jugak?
mungkin saya tak patut bimbang sebab saya bukannya guru tetap di sekolah itu.
mungkin saya tak patut bimbang sebab sepanjang saya bekerja di situ, saya tidak dibayar satu sen pon gaji oleh sekolah atau pihak KPM ataupun pihak KPT.
mungkin saya tak patut bimbang sebab dah memang begitu peel perangainya, nak ubah camne lagi kan?
malangnya saya bukan insan yang berfikiran sedemikian.
mereka batch pelajar pertama yang saya ajar.
mereka batch pelajar pertama yang saya kenal.
mereka batch pelajar pertama yang ajar saya macam mane nak mengajar orang2 seperti mereka.
walaupun mereka tak sempurna, degil, tak dengar cakap, keras kepale, bising, berkinja2 di dalam kelas, suka perhatikan gerak geri saye di hadapan, suke kenakan saya time pensyarah datang observe, suke tegur "eh, cikgu pakai baju baru eh?", "eh, cikgu.. tingginya cikgu arini.. hehe~", suke lawan cakap saye, terlampau agresif dalam kelas dan macam2 lagi.
baik buruk perangai mereka saya terima seadanya.
dan hasilnya memang menggembirakan saya.
mereka hormat dan mula rapat dengan saya seakan-akan tidak mengizinkan saya berhenti mengajar mereka.
kalo kamu jadi seorang guru,bukankah itu satu pulangan yang memuaskan?
bagi saya, itu satu pulangan yang berbaloi2..
cukup untuk membalas jasa dan sakit pening saye sepanjang mengajar mereka.
cukup untuk jadi kenangan terindah dalam kehidupan saya sebagai guru praktikal di sekolah itu atau lebih spesifik lagi sebagai guru Binaan Bangunan dan Teknologi Binaan 4BB.
that was a part of my life dan 21hb Oktober adalah hari terakhir saya di sekolah itu.
saye rase macam dah boleh senyum kelegaan mulai sekarang. (~.^)
No comments:
Post a Comment