masa ko mula2 belajar nak melangkah, ko akan bergantung kepada tangan mak@ayah@kakak@abang ko..
or mgkin tangan atok@nenek@aunty@uncle
takkan ko nak pegang adek ko kan..
dia pon xwujud lagi time tuh.. hee~
or nak hebat lagi, ko xpegang tangan sape2 pon..
orang letak ko dalam kete yang ade 6/8 biji roda tu pon dah cukup.
time tuh ko mesti rase bestnye dapat jalan tak de org pegang2 kan?..
then,
bila dah dapat 1st step, mak ko la yang paling gembira.
anak dia dah pandai berjalan, xde la nak lenguh2 bahu lagi dok angkat, dukung2 ko time nak window shopping ke ape ke..
hahaha..
ayah ko pon suke sebab dah ade geng nak men bola.
ala, xkira ar ko anak pmpn or laki2..
lepas dapat use your own legs, mesti suke men sepak2 bola kan? =)
then,
bila dah dapat 1step, ko akan rimas bila orang sekat2 ko untuk berjalan sendiri..
kalo ade yang stok manja nak mampos, jalan 2-3 langkah dah mintak2 didukungkan..
orang yang kental cam aku, acece..
selagi tak jatuh ke bumi, luka or sumthing, aku redah jalan sesorang dulu..
ape kes dukung2 kan?
then,
bila dah pandai sepak2 bola,
mak ayah ko ajar ko menari lak..
ahh.. time tu xde la nak terus pandai breakdance2 ke, shuffle2 ke, tango ke ape ke..
setakat goyang2 bontot ke kiri ke kanan jek..
kalo ko dapat ikut ritma lagu.. pergh, yang tu konfem dapat pujian dari mak2 sdare ko..
"fuyooooo, pandainye munie (bukan name sebenar)" (~~")
pastu,
bila dah dapat pujian, mesti la dapat request untuk terus perform lagi kan..
time ni riak, takbur, bangga semua ade..
yelah, kecik2 dah pandai entertain orang kan.
even ngan tarian goyang2 bontot yang lame itu..
haha..
then,
ko terus membesar, membesar, membesar..
masuk tadika, masuk skolah rendah, masuk skolah menengah..
dari merangkak..
dari 1st step yang janggal untuk ko adapt dalam diri ko.
ke langkah yang semakin laju..
ke larian yang semakin pantas..
tanpa ko sedar, ko terus melangkah dan melangkah..
jika dulu, ko perlukan bantuan untuk terus melangkah,
kini ko dah pandai melangkah sendiri.
ko kira ko dah pandai, dah besar untuk aturkan kehidupan ko.
xperlukan kata-kata nasihat orang-orang dahulu lagi.
ko rase kata-kata diorang "owh very tak coOl lah"
ko rase seolah-olah kata-kata diorang itu menyekat kebebasan ko untuk melangkah.
ko rase seolah-olah "ape kes ni, suke hati orang lah nak buat ape pon"
ko rase seolah-olah "ala, yelah2.. orang x buat dah"
padahal blkg mereka2 itu, ko buat jugak yang terlarang itu..
bila dah kenal zaman persekolahan,
kene pulak lalui alam kanak-kanak ribena,
seronok betol tengok member sebelah..
ibaratnya ape yang dia ade hari ni,
esok ko akan makesure ko ade jugak..
malah lebih hebat daripada ape yang member ko ade..
then
pe-el perangai tu lekat sampai la ko besar,
xdelah besar mane..
setakat form 3-5 camtu jek..
pergh, time ni konfem ko ade konflik dalaman.
untung dapat member yang jenis motivate ko untuk jadi manusia.
malang kalo ko dapat member yang suke pedajal ko sampai jadi setan.
time ni ko dah tak kira ape yang family ko cakap..
sebab macam aku cakap tadi..
ko dah dapat steps untuk terus melangkah.
ko lebih percayakan kawan-kawan ko daripada ahli keluarga ko sendiri.
kunun2nya, family ko tak rasa ape yang ko rasa..
kunun2nya, family ko tak tau ape yang ko nak..
masa itu, ko pe'raja'kan kawan2 ko..
sket2 "kawan munie(bukan nama sebenar) cakap kite kena camni.. camni.. camni"
sket2 "weh, salah la. samdol tu cakap kat aku.. kene buat camni.. camni.. camni"
sket2 "ala, nak kuar kejap pon xleh"
time tu ko dah panjang langkah.
selagi tak maghrib, ko tak kenal mane itu rumah.
penangan 'raja'kan member lagi..
elok2 sebab tu la ko kene hantar ke sekolah asrama.
harapannya langkah ko tak sepanjang mane..
tahan lame mana sangat,
setakat 2 tahun kat asrama.
emosi ko down, sebab ko kene pakse.
mental ko kental, sebab ko tak nak dianggap lemah.
fizikal ko dah berubah 100%, sebab makan = jalan terbaek untuk keluar dari tekanan. =P
ape yang ko dapat? kawan ade? xde kot.
sebab ko hidup dalam alam sendiri time tuh..
ko menyalahkan family sebab pakse2 ko..
wat the hell..
kisah lama, ko tolak ketepi..
masuk ke matrikulasi, ko mula atur langkah ko sendiri.
dengan harapan, ape yang ko nak ko akan dapat.
yes! ko dapat ape yang ko nak.
tapi tak sepenuhnya.
kali ni, family ko cuma bagi dorongan dan perhati dari jauh je,
semua yang laen2, ko dapatkan dengan usaha sendiri.
kali ni ko terus berlari dan berlari.
ko hanya pandang sekilas sahaja ke belakang.
itu semua sejarah kate ko.
ko terus kejar ape yang ko nak.
tanpa sedar ape yang ko kejar itu sesuatu yang sia2.
ko terus berlari dan berlari dapatkan ia.
sampaikan di satu saat,
sampai di satu ketika..
ko tak sedar, ko dah selangkah lagi akan jatuh ke gaung,
ke juram mungkin..
mungkin tak sedalam jurang mariana
tapi kalo ko dah jatuh, sakitnya tetap ade..
ko kental, jatuh sekali bukannya jatuh selama2nya..
ko bangun dan cuba sekali lagi.
ko harapkan sinar yang baru dalam percubaan ko ini.
ko harapkan yang terbaik.
kini ko jatuh lagi!
ko penat!
ko letih!
ko dah malas!
ko cuma mengharapkan yang terbaik sahaja!
ko butuhkan family ko yang ko tinggal itu!
ko perlukan semangat ITU kembali!
ko perlukan rehat sebelum mencuba lagi!
rehatlah. kerna untuk kali ini, ko mahu percubaan yang lebih bersistematik.
rehatlah, kerna untuk kali ni, ko perlu terapkan elemen-elemen yang positif saja.
rehatlah, kerna untuk kali ni, ko dah tak perlu jatuh lagi.
rehatlah, kerna untuk kali ni, ko penuhi dengan percubaan yang membina saja.
rehatlah, kerna untuk kali ni, ko perlukan tenaga yang mencukupi untuk jadi lebih kental dari sebelumnya.
p/s: rindukan family~
4 comments:
aku seperti dapat merasakan jiwa itu.
aku kenal kau.
tapi mungkin tak sepenuhnya.
aku tau siapa kau, macam mana kau, dan apa yang ada dalam diri kau..
aku juga tau kau kuat.
kau sentiasa tabah.
kau sentiasa senyum.
aku percaya.
kau pasti semakin kuat.
jangan biarkan jatuh itu melemahkan diri kau yang kuat.
bertabahlah!
semua sayangkan kau.
termasuk aku.
:)
aku tersungkur teruk kali ni..
mau rehat sepenuhnya sebelum bangkit semula.
aku betol2 penat kali ni..
=(
aku sayang ko jugak..
itu sudah pasti..
dan ko tiada penggantinya..
lets friendship remains forever~
=)
kmu...jgn sedih2 yer...anggap 2 sume pengalaman idup mematangkan ko k... ingt...org di sekeliling ko sntiasa menyayangi ko..termasuk aku juge...alwayz be by ur side..!!
cheer up BABE..!! i know u can do it!! ^_^
lol~
aku xcukup matang lagi ke?
hahahahhahahahaha..
i will recovered soon..
dun worry~
Post a Comment