aku suke menulis tanpa mukadimah, tanpa ada pendahuluan, tanpa ade permulaan..
tapi sebenarnya tak elok kan? bukankah sesuatu pekerjaan dimulakan dengan doa?
oke~ jom kita start balik... (icon berdoa supaya entry kali ni tidak berbaur sinis)
sejak kebelakangan ini, ye peristiwa ni baru je berlaku..
dan ia cukup mendatangkan kesan yang mendalam terhadap semua orang yang rapat dengan aku.
kerana ketelanjuran kata-kata bisa membuahkan pelbagai lagi kemungkinan.
yang mungkin menyakitkan dan mungkin juga membawa kepada kesedaran supaya perkara yang remeh-temeh usah dibangkitkan untuk menjadi perkara yang lebih besar.
peristiwa itu bagi aku, mengajar dan mengingatkan aku untuk menjadi seorang sahabat yang tegar untuk menerima cemuhan secara berdepan atau cemuhan di belakang.
kalau sebelum ni, aku bukanlah seorang yang mengambil kisah kalau orang berkata-kata dibelakang.
ye, aku tidak pernah peduli kerana bagi aku, hanya aku yang kenal siapa aku.
tanpa sedar, itu membuatkan aku seorang yang sombong, ego dan enggan mengalah.
tapi, jika yang berkata itu seorang yang aku anggap sahabat karib, termenung aku seketika...
adakah aku ini sahabat yang baik?
adakah aku ini tidak cukup untuk bergelar seorang shabat yang sanggup berkorban apa shaja untuk sahabat karibnya?
adakah aku ini masih terkapai-kapai mencari erti sebenar persahabatan?
apakah belum cukup segala pengorbanan yang aku lakukan selama ini?
aku tidak sempurna kawan, kamu juga begitu..
kenapakah bila berlaku perselisihan sebegini, dugaan yang datang dalam bulan yang mulia ini, kita terus menjadi lemah? terus menjadi putus asa? terus mudah menuding jari ke sana sini?
jangan begitu.. persahabatan yang indah tidak akan terhenti hanya kerana dugaan ini..
jangan disalahkan sesiapa lagi, kita kan sahabat. tanpa kamu, aku tidak punya sapa-sapa..
aku juga harap kamu begitu. mari kita berpeluk kembali..
usah diungkit kesalahan lama, jangan diungkit lagi peristiwa lama..
kita buka diari baru, nafas yang segar okey?
kita makin dewasa, jangan mudah mengalah dengan dugaan sekecil itu..
rapatkan tautan ini. jangan biar ia terputus begitu sahaja.
kita kan sahabat. sekali bergelar sahabat, selamanya sahabat bukan??
owh, lemahnya bergelar manusia.. aku tertunduk akur dengan ketentuan-Nya..
No comments:
Post a Comment